Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

ASICS Keluarkan Kasut GEL-LYTE™ III Versi “Teh Tarik”? Macam Cool Je…

by Soph.Azz
December 6, 2022
Foto - ASICS Malaysia

Foto - ASICS Malaysia

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

HUNDRED%-SneakerLAH-ASICS Malaysia sekali lagi bergabung tenaga mengeluarkan kasut yang bakal mencuri perhatian rakyat Malaysia!

Memandangkan GEL-Kayano™ 5 OG “Nasi Lemak” (2019) dan GEL-LYTE™ III “Kuala Lumpur Twin Towers” (2020) telah mendapat sambutan yang hangat; ketiga-tiga nama besar ini bergabung tenaga mengeluarkan satu lagi kasut sukan tempatan yang diinspirasikan oleh “Teh Tarik”.

Konsep di sebalik kerjasama ini menampilkan GEL-LYTE™ III yang diilhamkan oleh minuman paling popular di Malaysia iaitu Teh Tarik. Diterjemahkan secara literal sebagai ‘teh yang ditarik’, minuman ini diperbuat daripada bancuhan teh hitam pekat dicampur dengan susu pekat.

IKLAN

Foto – ASICS Malaysia

Berinspirasikan “Teh Tarik”, warna GEL-LYTE™ ini adalah suede karamel yang berani untuk menyerupai variasi warna teh susu. Malah kasut ini juga menampilkan jalur yang boleh ditukar ganti yang meniru percikan yang dihasilkan ketika proses menarik teh.

Foto – ASICS Malaysia

Bintik-bintik dan kesan pada bahagian dalam kasut pula mewakili noda yang ditinggalkan oleh kaca Teh Tarik. Manakala tapak lut sinar putih mencerminkan permukaan meja yang berkilauan yang biasanya terdapat di kedai mamak atau kopitiam.

Foto – ASICS Malaysia

“Menerusi GEL-LYTE™ III “Teh Tarik” ini, kami berharap dapat berkongsi kepelbagaian budaya Malaysia dengan seluruh dunia, ikon yang bakal merapatkan jurang merentas generasi.”- Boon Tib Soom Nik, Pengurus Negara ASICS Malaysia.

Sepasang kasut ASICS GEL-LYTE™ III (RM699) boleh didapati di HOME Concept Store dan melalui undian dalam talian di SneakerLAH.com.

Tags: asics gel-lyte iii teh tarikASICS Malaysia
Share6SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Cetusan Idea Fesyen Balaclava, Gaya Hijab Untuk Musim Sejuk?
Fesyen

Cetusan Idea Fesyen Balaclava, Gaya Hijab Untuk Musim Sejuk?

January 29, 2023
Backless Dress Paling Ikonik Roberto Cavalli, Zendaya Pernah Pakai Tau!
Fesyen

Backless Dress Paling Ikonik Roberto Cavalli, Zendaya Pernah Pakai Tau!

January 28, 2023
Nak Kekal Hidrasi & Stylish Dalam Satu Masa, Sarung Botol Air Designer Ini Untuk Kamu..
Fesyen

Nak Kekal Hidrasi & Stylish Dalam Satu Masa, Sarung Botol Air Designer Ini Untuk Kamu..

January 22, 2023
Jom #Throwback Saat Selebriti Seksi & Menggiurkan Dalam Busana Jean Paul Gaultier
Fesyen

Jom #Throwback Saat Selebriti Seksi & Menggiurkan Dalam Busana Jean Paul Gaultier

January 21, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.