Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

PlantBio: #DIVAKongsi 7 Suplemen Pelbagai Kebaikan Yang Patut Kamu Cuba!

by Soph.Azz
December 5, 2022
Foto - PlantBio

Foto - PlantBio

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mudah sebenarnya nak dapatkan badan yang sihat dan ‘kebal’ daripada terkena sebarang penyakit. Selain amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang setiap hari, kamu boleh mula ambil suplemen kesihatan sebagai sokongan tambahan.

Memandangkan di pasaran terdapat banyak jenama suplemen kesihatan dijual, DIVA syorkan untuk kamu mula cuba suplemen yang dikeluarkan oleh PlantBio. Setiap produk suplemen PlantBio menggunakan formula baru yang dibangunkan untuk mempromosikan kesihatan dan menjadikan kehidupan penuh bertenaga lebih mudah dicapai.

Ditubuhkan pada 1992, PlantBio Research Sdn. Bhd. (Malaysia) adalah sebuah syarikat penyelidikan perubatan herba yang berasaskan penyelidikan formula. Dengan latar belakang penyelidikan yang kukuh, PlantBio menghasilkan suplemen kesihatan yang berasaskan gabungan perubatan Cina dan Barat.

Dan bersempena dengan ulang tahun ke-30 baru-baru ini, PlantBio memperkenalkan lebih banyak produk suplemennya seperti;

JBF-5 

Sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, suplemen mengandungi 20 bilion probiotik yang aktif. Suplemen ini diperbuat daripada serbuk jus oren yang dicampur dengan probiotik terpilih dari makmal di Korea. Strain telah dilakukan melalui kajian klinikal yang ketat.

Foto – PlantBio

Kebaikan JBF-5:

  • Mengawal pergerakan usus yang sihat
  • Menguatkan imuniti dan menggalakkan penyerapan nutrien makanan
  • Mengurangkan keradangan ekzema, pendekkan tempoh cirit-birit dan legakan gejala keracunan makanan.
  • Mengurangkan keterukan sakit kepala dan lindungi daripada jangkitan rotavirus.

Nutriberries C 

Menggunakan campuran buah beri dengan antioksidan semula jadi, Nutriberries C ditambah dengan fitonutrien yang tinggi iaitu anthocyanin serta zink dan Vitamin D3. Formulasi lengkap Nutriberries C turut berkesan dalam menguatkan imuniti badan.

Foto – PlantBio

Kebaikan Nutriberries C:

  • Lindungi badan daripada selesema dan batuk.
  • Menggalakkan penyembuhan luka dan mengawal tekanan darah.
  • Meningkatkan imuniti dan kesihatan kulit
  • Melawan keradan dalaman dan luaran badan.
  • Mengekalkan kesihatan otak.

LuCOL-S 

Dengan sinergi sifat buah beri, buah-buahan terpilih, marin terhidrolisis dan kolagen lembu, LuCOL S dirumus khas untuk mereka yang pentingkan tahap kolagen dalam badan. Dan juga mereka yang mahu kekal remaja dengan cara semula jadi.

Foto – PlantBio

Kebaikan LuCOL S:

IKLAN

  • Mengurangkan kedutan dan menganjalkan semula wajah serta payudara.
  • Mencerahkan wajah, pigmentasi dan parut jerawat.
  • Keadaan jerawat bertambah dengan baik.
  • Mengurangkan kesakitan dan memudahkan pergerakan sendi.

BioCatalyst

Menggabungkan penyelidikan bersama Amerika Syarikat dan Jepun, produk ini bukan saja terdriri daripada sayur-sayuran dengan nutrien terpilih, malah dirumus juga dengan spektrum enzim pencernaan yang mudah untuk diserap oleh sistem penghadaman.

Foto – PlantBio

Kebaikan BioCatalyst:

  • Galakkan pencernaan makanan tenusu sihat (lactose intolerance).
  • Galakkan penyerapan dan asimilasi nutrien, anti-penuaan serta proses pencernaan semula jadi.
  • Meningkatkan imuniti dan mengawal motilitas usus.
  • Merangsang selera makan dan pengurusan berat badan.

DeDelimeal 

DeDelimeal adalah bijirin protein berasaskan tumbuhan dengan spektrum vitamin, mineral dan asid amino yang lengkap. Bijirin protein ini berupaya untuk mencergaskan sel dalam badan dengan membekalkan nutrien penting dan blok binaan dalam formulasi yang seimbang. Psst… Ambil sebagai hidangan pertama pada waktu pagi untuk kesan yang lebih baik.

Foto – PlantBio

Kebaikan DeDelimeal:

  • Pengurusanberat badan dan sokongan pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Sokongan pemakanan untuk warga emas dan pemulisan.
  • Meningkatkan kesan COVID-19 yang berpanjangan.
  • Sokongan nutrisi tambahan untuk atlet.

mush-E9

mush-E9 adalah campuran 9 jenis cendawan yang berkhasiat, di mana secara semula jadinya, ia kaya dengan antioksidan yang kuat yang dapat meneutralkan radikal bebas dalam badan.

Foto – PlantBio

Kebaikan mush-E9:

  • Mengatasi kelesuan, melindungi DNA daripada kerosakan oleh bahan karsinogenik.
  • Melindungi hati daripada kerosakan alkohol.
  • Menambah tahap tenaga semasa atau selepas terapi sitotoksik.

Neurolax 

Neurolax pula adalah campuran bahan makanan semula jadi dan ekstrak herba Barat. Untuk pengetahuan kamu, badan kita memerlukan sejumlah nutrien untuk membolehkan sistem badan berfungsi, menjana semula dan membaiki.

Foto – PlantBio

Apa yang ia boleh kurangkan?

  • Kebimbangan, kemurangan dan gangguan tidur (insomnia).
  • Kencing manis, strok,  kesan ubat stotoksik (kemoterapi dan kesan rawatan sinaran.
  • Gangguan makan dan tekanan selepas trauma (PTSD)
  • Penyakit buah pinggang dan penyakit autoimun (lupus, rehumatoid arthritis dan multiple sclerosis).

Untuk maklumat lanjut atau nak beli suplemen di atas, klik di [SINI].

Tags: plantbioproduk plantbiosupplement plantbio
Share6SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…
Gaya Hidup

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…

January 28, 2023
Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress
Gaya Hidup

Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress

January 21, 2023
Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka
Gaya Hidup

Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka

January 14, 2023
Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini
Gaya Hidup

Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini

January 7, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.