Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Kelebihan Bila Kamu Stop Layan Media Sosial, Serius Berbaloi!

by Iza B
December 4, 2022
Foto - RevolutionHER

Foto - RevolutionHER

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Media sosial bukanlah sesuatu yang bermanfaat atau berbahaya. Ia satu medium yang memerlukan pengimbangan. Jadi untuk memanfaat media sosial, bergantung pada apa, siapa dan bagaimana memperolehnya. Jika tidak, kita dapat lihat wabak media sosial tidak baik akan sentiasa menular. Beri kesan pada masalah kesihatan mental dan juga secara fizikal.

Penulis sendiri telah mengundurkan diri dari media sosial hampir setengah tahun. Pada mulanya ia amat sukar kerana ‘ketagihan’ lama tapi setelah merasai sendiri ruang baru hidup tanpa media sosial, ia lebih tenang dan lapang. Setakat ini, penulis hanya ada satu akaun media sosial khas untuk pengisian hobi. Itu pun hanya sekadar tentang hobi dan apa jua tentang peribadi diri serta privasi keluarga penulis hindari.

Foto – River Oaks Pyschology

Ini beberapa renungan peribadi penulis tentang hidup tanpa atau boleh kata kurang bergantung pada media sosial.

  • Lebih banyak masa lapang

Benar tanpa sedar tabiat mindless scrolling di TikTok rupanya banyak mencuri masa lapang kita. Tangan tanpa memegang telefon pintar, banyak tugasan yang lain mampu disiapkan. Malah, penulis dapat rasai sehari-hari lebih produktif dan terisi dengan perkara berfaedah. Penulis ganti melihat telefon pintar dengan membaca buku atau menonton dokumenteri atau sebagainya.

  • Kurang tekanan luar

Dunia ‘tipu-tipu’ media sosial wajib memasang kisah influencer atau selebriti yang bahagia dan kaya-raya tidak terbilang. Kita yang melihat mula wujud rasa cemburu dan terbit rasa tidak bersyukur dengan kehidupan sendiri. Malah ada berasa tertekan kerana seperti tidak memijak pada dunia yang sama. Well, bila kamu berhenti peduli tentang hal itu, kamu akan jelas bahawa kehidupan kamu lebih baik dan ringan dari gelembung hidup berlandaskan angan-angan.

IKLAN

  • Hal peribadi simpan sendiri

Jika dulu semua perkara penulis ingin sebar maklum pada teman-teman di media sosial, tanpa penulis sedar siapa pun di media sosial termasuk teman baik, tidak peduli sama kamu. Sekarang ada manisnya apa jua hal peribadi, kejayaan mahupun kegagalan cukup dikongsi bersama mereka yang dekat. Jika anda khuatir rakan-rakan anda tidak dapat hubungi anda melalui media sosial. Mereka akan telefon atau menghantar mesej dari medium lain. Itu rakan yang sebenar.

  • Tak peduli hal remeh

Setiap hari ada kisah tular baru, berkejar untuk jadi orang pertama yang mendapat berita. Tapi biasanya kisah tular begitu kemudian kosong dan dilupakan. Sekali lagi, kamu membuang masa dengan cerita-cerita viral remeh yang tiada pengisian dan membelakangi isu yang sebenar berjalan di dunia. Manfaat terbaik bila kurang berdamping media sosial, kepala kamu tidak lagi dipenuhi kisah sia-sia sebagai contoh permusuhan antara dua selebriti.

Foto – Vertikala/Stocksy United
  • Fokus pada diri sendiri

Kamu akan sedar, kamu sebenarnya punya cukup masa 24 jam untuk fokus pada diri dan mental kamu. Lakukan perkara yang kamu terlepas sebelum ini, menghargai perkara dan orang sekeliling dan kemahiran baru. Serius dari pendapat peribadi penulis, ia sangat berbaloi untuk hidup kita yang sementara ini.

Tips dari penulis bagi yang mahu cuba berhenti media sosial, mulai dengan seminggu dan kemudian sebulan. Lama-kelamaan anda akan lupa kerana sudah selesa serta sibuk bersama dunia realiti. Jangan jadikan alasan ’nanti tak tahu dunia luar, terlepas berita penting atau nanti tak tahu hal keluarga dan kawan’. Tanya semula pada diri anda, adakah semua itu dapat ketahui dari media sosial semata-mata?

Foto – Best Life

Selamat beramal!

Tags: kebaikan tiada media sosialtips ketenangan
Share8SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…
Gaya Hidup

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…

January 28, 2023
Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress
Gaya Hidup

Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress

January 21, 2023
Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka
Gaya Hidup

Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka

January 14, 2023
Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini
Gaya Hidup

Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini

January 7, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.