Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAKongsi Panduan Ringkas Hias Ruang Tamu, Biar Tak Nampak Murah!

by Indah Aziz
December 3, 2022
Foto - Real Simple

Foto - Real Simple

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ruang tamu merupakan suatu sudut penting dalam hiasan rumah. Ia perlu selesa, luas dan bersih. Ini kerana ruang tamu tempat untuk tetamu beristirahat atau untuk anda sendiri bersenang-lenang bersama keluarga. Malah, ruang tamu juga antara aspek pertama yang dilihat sebagai hiasan dalaman rumah.

Boleh dikatakan hiasan ruang tamu mustahak dalam memberi tanggapan pada anda yakni pemilik rumah. Sudah tentu kita mahu ruang tamu kelihatan rapi dan elak dari beri idea seperti ‘ruang tamu murah’ iaitu biasanya kelam-kabut atau tidak semenggah.

Foto – TopsDecor.com

Jadi ada beberapa nasihat dari pakar hiasan dalam yang DIVA kumpulkan untuk anda mengelak hias ruang tamu jadi murah. Ikutinya…

  • Elakkan letak banyak perabot kecil

Tidak kira samada saiz ruang tamu anda kecil atau luas, elakkan dari meletakkan banyak perabot-perabot kecil yang tidak berguna. Ia bukan sahaja pusat mengumpul habuk tapi membuatkan ruang tamu kelihatan bersepah. Sebaiknya pilih saiz perabot yang tepat yang diukur mengikut spesifikasi sudut yang anda mahukan.

IKLAN

  • Tidak perlu aksesori aesthetic 

Mungkin anda teruja untuk mengikuti trend menghias rumah dengan aesthetic pieces yang tular di media sosial. Pertama sekali, tanya pada diri anda, adakah ia suatu keperluan? Jika anda menambah aksesori yang tidak tepat mengikut konsep ruang tamu ia boleh membuat pandangan mata tidak menarik.

Foto – John Lewis
  • Hiasan sedondon

Bila langsir dan alas sofa sedondon warna dan corak ianya ternyata a big no no! Labur sedikit masa dan wang untuk mencari ilham kreativiti mencantikkan ruang tamu anda lebih baik.

Foto – TheInside.com
  • Penting ukuran karpet dan langsir

Jangan lupa pada karpet dan langsir terutamanya bab saiz atau ukuran. Ia boleh mengubah sudut pandangan dari rumah yang biasa kepada luar biasa. Bagi pemilihan saiz karpet, biar ia mencakupi keseluruhan sofa dan ruang tengah. Jangan pilih saiz karpet yang terlalu kecil. Begitu juga dengan langsir.

Foto – Gembi

Jika anda sudah ada konsep tersendiri untuk ruang tamu lebih mudah sebenarnya. Cuma kena pastikan anda patuhi nasihat diatas. Selamat beramal!

Tags: tips hias ruang tamuTips Hias Rumah
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAKongsi Panduan Ringkas Hias Ruang Tamu, Biar Tak Nampak Murah!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.