Luar biasa sekali Coach meraikan koleksi percutian 2022 pada tahun ini.
Coach melancarkan Coach on The Move, pengalaman percutian yang ditempah khas mengembara ke empat bandar utama di seluruh Malaysia dan singgah di beberapa destinasi percutian paling terkenal di negara ini sepanjang bulan Disember.
Diinspirasikan oleh ‘Feel the Wonder’, ia mengetengahkan musim percutian yang menggembirakan, dengan pemasangan replika Rexy bersaiz sebenar meraikan kanak-kanak dalam diri kita semua. Rexy, maskot rumah Caoch sejak 2016, akan dilihat dalam tiga reka bentuk berbeza di Malaysia, Singapura dan Thailand.
IKLAN
Coach on The Move akan mula dilancarkan di APW Bangsar Kuala Lumpur pada 2 Disember sebelum meneruskan perjalanan ke Johor, Pulau Pinang dan Putrajaya. Menampilkan replika Rexy dan bas dua tingkat yang dihiasi dengan hiasan percutian Coach yang meriah bersama-sama dengan pengaktifan penuh keseronokan lain termasuk berbilang kawasan foto dan ruang istirehat.
Selain itu, Coach on The Move turut menawarkan sesi pemberian hadiah, gerai kopi oleh Gigi Coffe, gerai aktiviti dengan lukisan acrylic patung Rexy, dan gerai penjagaan kulit oleh Chuck’s. Di Gigi Coffee, tetamu dapat menikmati menu kopi percutian inspirasi Coach.
Pengalaman percutian Coach on The Move akan singgah di lokasi berikut;
- Kuala Lumpur: APW Bangsar dari Jumaat hingga Ahad, 2 hingga 4 Disember
- Johor: Johor Premium Outlets dari Jumaat hingga Ahad, 9 hingga 11 Disember
- Pulau Pinang: Hin Bus Depot dari Jumaat hingga Ahad, 16 hingga 18 Disember
- Putrajaya: IOI City Mall Putrajaya dari Jumaat hingga Ahad, 23 hingga 25 Disember
Sekitar Gambar Coach on The Move
- Foto – Coach
- Foto – Coach
- Foto – Coach
- Foto – Coach
- Foto – Coach
- Foto – Coach
- Foto – Coach
- Foto – Coach
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi, program dan persembahan Coach on The Move, klik link di sini.