Bila sebut sahaja tote beg sudah terbayang beberapa jenama yang memonopoli seperti Dior, Longchamp, Marc Jacobs dan lain-lain. Ia sebuah rekaan beg yang menjadi pujaan setiap wanita mahupun lelaki. Beg yang luas, ringkas, serba guna dan paling penting tetap terlihat fashionita.
Kini jenama beg Telfar menjadi rebutan ramai, DIVA juga tidak pasti kenapa mungkin atas faktor pengaruh dari selebriti yang menjinjit beg ini. Oprah Winfrey, Selena Gomez, Beyonce dan Vanessa Hudgens pernah buat penampilan dengan beg tote Telfar. Jadi bukan biasa-biasa penangannya.
Telfar diasaskan oleh pereka fesyen asal New York, Telfar Clemens yakni mengeluarkan beg Telfar pada tahun 2014. Namun setelah tiga tahun baru beg tote Telfar dikenali ramai. Idea penghasilan beg tote ini dari beg kertas membeli-belah semasa musim Krismas. Jadi ia merupakan beg unisex.
IKLAN
Menariknya, anda boleh memilih dari tiga saiz beg Telfar iaitu small, medium dan large. Manakala variasi warna pula lebih dari 12 yang sesuai untuk dipadankan dengan apa jua outfit anda. Ya, beg ini sesuai dibawa ke pejabat, acara kasual. Malah ada selebriti siap bawa ke karpet merah.
Harga jualan juga berpatutan, setanding dengan material vegan leather dan rekaan tali cross body serta handles. Anda boleh dapatkan Telfar tote bag sekitar $150 USD hingga $257 USD bergantung pada saiz dan edisi beg tersebut.
Pada tahun 2021 beg tote Telfar dapat undi popular berbanding beg tote Dior. Berita yang kurang baik tentang beg ini, ia cepat sold out!
Kalau anda teringin nak ada satu tote beg popular Telfar, singgah https://telfar.net/collections/shopping-bags dan simpan dahulu dalam shopping cart. Supaya tak melepas!