Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Pertama Kali Nak Rebonding Rambut? 5 Perkara Yang Perlu Kamu Tahu

by Iza B
December 4, 2022
Foto - All Things Hair

Foto - All Things Hair

23
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Kalau rebonding mesti lagi cantik rambut”

Biasa bukan terdengar ayat pujuk rayu begini kalau ke salon? Mesti ada yang teruja dan terus setuju untuk melakukan proses rebonding rambut. Ya, siapa yang tidak idamkan memiliki rambut yang lurus, lembut dan mudah urus. Jadi teknik rebonding sudah menjadi langganan ramai untuk merealisasikan impian ‘rambut cantik’.

Mungkin ada diantara pembaca DIVA ingin mencuba untuk mendapatkan pengalaman rambut lurus. Tak salah pun untuk anda melakukan rebonding. Namun pastikan anda tahu kesan dan penjagaan yang betul setelah rebonding. Sekurang-kurangnya anda dapat bersiap-sedia untuk menerima jangkaan positif atau negatif.

Buat anda yang pertama kali hendak rebonding rambut, pastikan anda tahu tentang perkara dibawah;

#1 Penjagaan semasa rambut

Ramai yang lupa tentang penjagaan rambut selepas atau semasa 7 hingga 8 bulan rambut lurus. Tips paling penting ialah tidak membasahkan rambut selama 72 jam atau tiga hari. Ini bertujuan untuk mengekalkan ikatan rambut yang telah diluruskan. Bagi penjagaan semasa pula, anda boleh mengembalikan kelembapan rambut menggunakan minyak rambut dan ambil diet yang sihat supaya memberi nutrisi kepada pertumbuhan rambut yang baru.

IKLAN

#2 Tak semua rambut dapat hasil yang sama

Jangan berangan terlalu awal untuk rambut yang lurus beralun. Hasil rebonding yang terbaik bergantung pada tekstur sebenar rambut. Jika rambut jenis kerinting dan kasar, kemungkinan hanya terlihat kurang kerinting. Jadi dapatkan nasihat dengan beautician untuk teknik yang terbaik bagi rambut anda.

Foto – Living Proof

#3 Rambut boleh rosak

Bukan hendak menakutkan tapi ini kesan yang perlu anda hadapi setelah rebonding rambut. Proses rebonding menggunakan pelbagai campuran bahan kimia dan pemanasan pada protein rambut. Ia juga mengubah struktur ikatan rambut sekaligus boleh menyebabkan rambut kering, gugur dan tidak bermaya jika tiada penjagaan rapi.

#4 Elakkan rebonding pada rambut yang diwarnakan

Sebenarnya, lebih baik melakukan rebonding pada rambut semula jadi yang tidak pernah terdedah kepada sebarang bahan kimia sebelum ini. Malah tidak digalakkan untuk melakukan proses rebonding dan mewarna pada waktu yang sama. Pertembungan banyak bahan kimia pada rambut pasti akan merosakkan rambut anda.

#5 Pantang larang rambut rebonding

Jangan ingat hidup anda mudah lebih mudah dengan rambut rebonding tau! Banyak aspek penjagaan lain yang perlu anda tahu untuk mengekalkan bentuk rambut lurus jadian. Antaranya, anda tidak boleh kerap membasuh rambut, tidak boleh ikat rambut semasa tidur, sentiasa trim hujung rambut dan guna cool seting untuk hair blow.

Foto – Healthline

Kalau anda tekad nak rebonding rambut, pastikan anda juga tekad untuk menjaga ‘rambut baru’ ini dengan sebaiknya. Selamat mencuba!

Tags: penjagaan rambut rebondingtips rebonding rambut
Share9SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless
Kecantikan

Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless

January 29, 2023
Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075
Kecantikan

Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

January 28, 2023
5 Liquid Blush Paling Best & Cantik Untuk Hasil Mekap ‘Shy-Shy’
Kecantikan

5 Liquid Blush Paling Best & Cantik Untuk Hasil Mekap ‘Shy-Shy’

January 22, 2023
Trend Buang ‘Buccal Fat’ Untuk Pipi Kurus, Elok Atau Bahaya?
Kecantikan

Trend Buang ‘Buccal Fat’ Untuk Pipi Kurus, Elok Atau Bahaya?

January 21, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.