Nampaknya pusat membeli-belah di Malaysia, lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur mula sakan dengan dekorasi berkilauan untuk meraikan musim perayaan Krismas. Tidak terkecuali The Gardens Mall, yang tampil mega dan berkilauan dengan percikan Cartier.
Cartier membuka Christmas Lounge di Gardens Mall yang paling indah sepanjang tempoh musim perayaan ini.
Diilhamkan oleh lampu terang Broadway, mentol lampu yang dibuat khas menghiasi pintu masuk ke ruang untuk orang beristirehat. Di dalam, tetamu boleh menemui pelbagai perkara interaktif daripada Infinity Mirror kepada Steven penulisan posted nostalgia yang menyemai semangat cinta abadi.
IKLAN
Selain itu, para tetamu juga boleh mengabadikan masa mereka di Christmas Lounge dengan gambar polaroid untuk dibawa pulang. Untuk menambah demam percutian, Pokok Krismas yang menjulang tinggi dihiasi dengan permata berwarna-warni yang menampilkan motif Double C signature Maison mengapit skrin LED besar yang memainkan visual Cartier secara eksklusif.
- Foto – Cartier
- Foto – Cartier
- Foto – Cartier
Kamu kena datang dan lihat sendiri percikan Cartier yang cantik sekali. Christmas Lounge dibuka dari 25 November hingga 31 Disember 2022 di East Entrance The Gardens Mall.