Jenama fesyen Sweden meraikan persaudaraan, pemerkasaan wanita dan seni tempatan menerusi pembukaan kedai ketujuh di Malaysia pada 3 Disember ini.
Monki mahu menawarkan dunia fesyen yang berbeza, di samping memperkasakan wanita muda di seluruh dunia untuk menjadi diri mereka sendiri. Jadi, terlahirlah Kempen “Seven Sisters Salute Sisterhood”, di mana Monki telah bekerjasama dengan tujuh artis wanita tempatan yang telah mencipta karya seni yang bertemakan “Salute Sisterhood”.
- Foto – Monki
Menariknya setiap karya artis ini akan dipaparkan di kedai baru. Malah, versi kecil kerja mereka pula akan disediakan kepada pelanggan sebagai hadiah dengan pembelian semasa pembukaan kedai.
IKLAN
Apabila pelanggan memasuki kedai baru, mereka akan melangkah ke dunia yang terbuka dan hangat, yang digelar “Dream Weavery”. Konsep kedai yang pertama di Asia Tenggara menggunakan warna lembut yang memberi kesan melalui setiap bahagian kedai – dari lantai ke siling – dipertingkatkan dengan unsur-unsur sepeti candelier Monki, ruang aksesori beralun dan pintu masuk minimalis.
- Foto – Monki
Bukan itu saja, terdapat juga pemasangan dalam kedai yang menarik perhatian dan berwarna-warni. Pemasangan ini telah dicipta oleh artis Nawwar Shukriah Ali, sebuah kerjasama yang mengetengahkan kerja antara Monki dan komuniti kreatif tempatan.
Apa lagi yang menanti pada hari pembukaan? Monki akan menawarkan kad hadiah kepada 100 yang pertama, beg cenderahati, photobooth Monki, serta diskaun istimewa hari pembukaan. Selain itu, Monki bekerjasama juga dengan pemilik perniagaan kecil wanita tempatan, di mana barangan mereka seperti lilin, bar sabun dan gelang manik akan tersedia sebagai hadiah apabila pelanggan membelanjakan jumlah tertentu.
- Foto – Monki
Info lanjut tentang artis dan kempen Seven Sisters Salute Sisterhood di www.monki.com.