Pernah tak rasa macam tak best bila bibir rasa kering, mengelupas selepas pakai gincu walaupun warnanya sudah sesuai dan padan dengan gaya kamu? Kalau kamu nak tahu, berkemungkinan gincu tersebut mengandungi formula yang tak sesuai dengan keadaan bibir kamu tau.
Dan DIVA faham tak mudah nak cari gincu yang sesuai, terletak elok di bibir dan padan dengan gaya kamu. Jadi untuk membantu menyelesaikan ‘masalah’ kamu, DIVA syorkan kamu cuba rangkaian gincu yang baru daripada C.CODE!
Psst…Baru-baru ini C.CODE memperkenalkan rangkaian baru lip crème mereka iaitu C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème.
- Foto – C.CODE
Apa yang menarik tentang rangkaian baru ini, C.CODE menggunakan formula unik untuk memberi bibir rasa tekstur yang paling ringan serta licin. Paling best sekali, kamu tak perlu risau ia tertanggal atau hilang dengan cepat kerana lip crème ini boleh kekal hingga 24 jam!
IKLAN
Untuk pengetahuan kamu, C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème terdiri daripada 17 warna berpigmen dengan kemasan matte, extreme smoothness, salutan yang nipis dan tahan sangat lama pada bibir. Jom intai shade apa yang sesuai dengan kamu di bawah;
- Foto – C.CODE
- Foto – C.CODE
- Foto – C.CODE
Berharga RM26.90 sebatang, sertai Dolla iaitu duta C.CODE dalam meneroka personaliti dan mencari kod kamu dalam rangkaian baru C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème ini!
Sekadar info, C.CODE turut menunjukkan sokongannya pada Dewi Miyo iaitu artis graffiti yang berasal dari Kuching, Sarawak. Dewi yang melibatkan dirinya dalam kempen “What’s Your Code?” ini telah menghasilkan seni yang unik dan menakjubkan. Kalau nak lihat hasil seni graffiti Dewi, kamu boleh jumpainya di poster kempen ini.
- Foto – C.CODE
Nikmati diskaun dan penjimatan yang hebat sebanyak 25% untuk lip crème ini sehingga 26 Disember 2022. Beli C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème ini di Watsons atau dalam [TALIAN]. Jangan lupa untuk ikuti [FB] dan [IG] C.Code untuk tahu lebih banyak info mengenai kecantikan dan juga promosi!