Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Tips ‘Spark Joy’ Marie Kondo Bantu Selesai Masalah Almari Kamu Yang Bersepah

by Indah Aziz
November 27, 2022
Foto - The New Yorker

Foto - The New Yorker

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila datang waktu sesi untuk mengemas almari pakaian, mula muncul macam-macam dilema. Ada baju masih sayang, kasut yang sudah rosak tapi punya kenangan dan banyak lagi alasan merepek keluar. Padahal sudah tahu, ia tidak mendatangkan apa-apa selain habuk!

Barangkali pembaca sudah mengenali siapa Marie Kondo bukan? Pengasas bagi teknik mengemas dan menyusun atur kaedah KonMari. Malah, Marie juga penulis buku The Life Changing Magic of Tidying Up, Spark Joy dan muncul dalam siri Netflix Tidying Up with Marie Kondo.

Foto – Forbes

Marie Kondo telah membantu ramai pelanggannya dalam merealisasikan kediaman yang kemas. Antara teknik yang paling mudah untuk diikuti ialah Spark Joy.

Apa itu teknik kemas ‘Spark Joy’?

Semasa anda mengemas almari pakaian atau rumah, sudah pasti terdapat barang yang membuat kita was-was untuk buang dan simpan. Menurut dari Marie, hasil dari mengemas rumah untuk kita menerima kepuasan, kebahagiaan dan kembali menghargai semua yang menjadi milik kita.

“The ultimate goal of tidying is really to learn to cherish everything that you have.” – Marie Kondo

IKLAN

Jadi, bila anda mengemas sebaiknya cuba tempatkan satu bahagian pakaian atau barang untuk anda semak semula. Bukan semak untuk lihat baju itu masih elok atau tidak. Tapi mencari cetusan kegembiraan ketika melihat dan memegang barang tersebut.

Foto – COPE

Mungkin ada seluar, skirt atau tudung yang meninggalkan memori positif atau ia memang jadi pakaian kegemaran anda. Nasihat dari Marie, anda boleh simpan kerana ia memberi satu cetusan kegembiraan. Atau anda boleh pandukan dengan soalan-soalan ini..

“When did you last wear it? Does it fit well and is it comfortable? Can you wear it without giving it a further thought or are you constantly adjusting it? Is it easy to get dressed wearing this? How many do you have of this? Would you buy it again?”

Foto – Cosmopolitan

Buat pakaian atau barang yang sudah anda tidak gunakan.  Berikan satu penghormatan dan tanda ucapan terima kasih. Anda boleh dermakan atau kitar semula seperti biasa.

Jangan overthinking, lakukan sahaja!

Tags: Marie Kondospark joy marie kondotips kemas marie kondo
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Tips ‘Spark Joy’ Marie Kondo Bantu Selesai Masalah Almari Kamu Yang Bersepah

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.