Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Lebih Segar & ‘Hidup’ Bila Ikut Trend Mekap Passport Ini, Confirm Tak Kena Reject!

by Soph.Azz
November 25, 2022
Foto - Glamour UK

Foto - Glamour UK

60
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kadang kala memang malu nak tunjuk gambar passport dekat orang lain. Bukan apa, nampaklah betapa ‘buruknya’ gambar tersebut dan wajah pula langsung tak bermaya.

Seperti kita sedia maklum bila nak ambil gambar passport, kita tak dibenarkan untuk mengenakan sebarang mekap yang heavy dan over. Cukup yang light saja seperti pakai lip balm dan bedak. Tambahan pula, pencahayaan yang teruk dan tidak dibenarkan mempamerkan sebarang emosi (senyum) membuatkan gambar tersebut bukanlah diri kita yang sebenar.

Untuk elak daripada nampak ‘buruk’ semasa ambil gambar passport atau tak kena reject dengan pegawai imigresen sekiranya mengenakan mekap,  DIVA syorkan untuk kamu ikut trik berikut;

@georgia.barratt

Reply to @petassnym yes I’ve got as it was on repeat the whole way through #xyzbca #beauty #makeup

♬ original sound – georgia barratt

Trending di TikTok, mekap gambar passport hanya memerlukan kontur dan pencerahan untuk meningkatkan lagi feature semula jadi wajah kamu.

#1 Asas: Kontur

Apabila kita perlu bergambar secara tegak tanpa boleh mempamerkan sisi wajah yang terbaik, kamu perlu cipta sisi wajah secara tegak menggunakan kontur.

Foto – @georgia.barratt (TikTok)
  1. Pastikan kamu pakai foundation terlebih dahulu.
  2. Selepas itu, guna krim kontur. Pilih dua atau tiga warna yang  lebih gelap daripada warna kulit.
  3. Kemudian kontur beberapa bahagian wajah seperti tulang pipi, dagu, hidung dan crease mata.
  4. Setelah selesai kontur, sapukan powder bronzer untuk jadikan kontur tersebut nampak lebih semula jadi.

#2 Mata 

Untuk bahagian mata pula, jangan lupa untuk tutup bahagian bawah mata (serta tengah dahi dan dagu) menggunakan concealer. Dan siapkan mata dengan solekan yang ringkas ye.

Foto – @georgia.barratt (TikTok)
  1. Pilih satu atau dua warna concealer yang lebih cerah daripada foundation kamu.
  2. Kemudian letakkan concealer di bahagian bawah mata, tengah dahi dan juga dagu. Blend hingga rata.
  3. Selepas itu tetapkan dengan setting powder di bahagian yang conceal dan sapukan blush di atas tulang pipi.
  4. Di atas kelopak mata pula sapukan eyeshadow rona light nude dan akhirinya dengan powder bronzer di crease.
  5. Langkah terakhir, lengkapkan solekan mata dengan eyeliner dalam stail fox eyes dan maskara.

#3 Bibir 

Bahagian bibir pula tak perlu gunakan warna yang bold atau striking ye. Kamu hanya perlu buat begini;

Foto – @georgia.barratt (TikTok)
  1. Lukiskan garisan sedikit besar daripada garisan bibir semula jadi kamu. Pastikan kamu guna lip liner dalam rona coklat atau nude saja.
  2. Kemudian isikan bibir kamu dengan gincu dalam warna ungu muda, pink muda atau peach. Boleh juga kalau kamu nak sapukan lip gloss selepas itu.

Mekap sikit-sikit untuk gambar passport tak apa, baru nampak segar dan ‘hidup’ sikit.  Selamat mencuba!

Tags: mekap gambar passporttrend mekap tiktoktrend passport makeup
Share24SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Lebih Segar & ‘Hidup’ Bila Ikut Trend Mekap Passport Ini, Confirm Tak Kena Reject!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.