Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Antara Fesyen Ikonik Puteri Diana Yang Ramai Tiru, Salah Satunya “Revenge Dress”

by Soph.Azz
November 25, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Walaupun sudah mangkat sekitar 25 tahun lalu dalam sebuah kemalangan yang tragis, legasi Puteri Diana terus ‘hidup’ sehingga sekarang. Dan salah satunya adalah fesyen-fesyen ikoniknya.

Memegang status sebagai seorang puteri dan isteri kepada putera mahkota, Puteri Diana perlu tampil bergaya di hadapan umum. Ketika inilah dia menunjukkan citarasa dan bakatnya dalam fesyen.

Apabila tampil membuat public appearance, peminat fesyen akan teruja menunggu gaya apakah yang akan ditunjukkan olehnya. Dan apa yang DIVA boleh katakan adalah setiap gayanya sangat lain, daring serta bervariasi!

Memandangkan gayanya boleh dikatakan agak ‘lama’ untuk diikuti semula, tetapi masih ada yang cuba meniru fesyen-fesyen ikonik Puteri Diana. Nak tahu fesyen yang mana satu, lihat di bawah;

Nampak simple tapi gaun baldu off-shoulder dalam rona hitam yang dipakai oleh Puteri Diana ini pernah diolah semula oleh Angelina Jolie. Elak nampak kosong di bahagian atas badan, kenakan anting-anting seperti chandelier earring atau pun rantai jenis collar atau esclavage. 

Foto – Pinterest

Paling popular revenge dress Puteri Diana turut menjadi rujukan fesyen Rihanna. Gaun koktel puteri Diana yang off-shoulder ini sedikit pendek, manakala Rihanna pula panjang, di mana dia kenakan slit dress. Dua-dua nampak seksi kan?

IKLAN

Foto – Pinterest

Tak ketinggalan juga fesyen kasual Puteri Diana di mana Harry Styles juga pernah ‘tiru’ semula gayanya. Bercorak kambing biri-biri, Puteri Diana mengenakan pullover dalam rona merah, Harry pula kenakan vest dalam rona navy blue. 

Foto – Pinterest

Malah Gigi Hadid pun pernah cipta semula gaya Puteri Diana iaitu dia memakai jaket berzip hitam-kuning dan jogger pants yang seakan-akan sama. 

Foto – Pinterest

Antara gaya jalanan Puteri Diana yang agak popular dan ikonik adalah padanan topi besbol, t-shirt, jeans dan but koboi. Tetapi Hailey Bieber telah ubah sedikit gaya tersebut dengan mengenakan kasut tinggi. 

Foto – Pinterest

Tak dilupakan juga gaya sporty Puteri Diana yang Hailey pernah gayakan juga iaitu padanan sweatshirt grafik dan biker short. 

Foto – Pinterest

Dan gaya jalanan 80-an ini juga pernah digayakan oleh Emily Ratajkowski. Dia mengenakan gaya dan shade yang sama iaitu blazer dalam rona earth tone serta seluar jeans vintaj. 

Foto – Pinterest

Antara gaya ikonik Puteri Diana yang DIVA nak cuba adalah gaya kasualnya. Kalau kamu pula macam mana?

Tags: fesyen ikonik puteri dianafesyen puteri diana
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Antara Fesyen Ikonik Puteri Diana Yang Ramai Tiru, Salah Satunya “Revenge Dress”

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.