Ucapkan selamat tinggal kepada blotting paper dan loose powder.! Tapi kenapa pula? NUDESTIX, peneraju industri solekan dan penjagaan kulit yang mudah, minimalis, pelbagai, memperkenalkan Blot & Blur Matte Stick.
Formula balm-to-powder sangat ringan, ultra-lembut, jernih mampu menghilangkan minyak untuk menghasilkan kemasan matte yang lembut dan mengaburkan ketidaksempurnaan tekstur. Selain itu, matte stick ini mengandungi bahan aktif vegan yang berfungsi untuk menyokong kesihatan kulit.
- Foto – NUDESTIX
Blot & Blur Matte Stick berfungsi dalam tiga cara untuk kulit kamu:
- Prime – Digunakan sebagai primer solekan, dengan mengaburkan tekstur kulit yang tidak sekata.
- Set – Blot untuk menetapkan solekan.
- Blot – Menghilangkan kulit berminyak, kelihatan berkilat sepanjang hari.
Dirumus dengan bahan-bahan yang bersih, seperti;
- Silica dan Jeju Island Volcanic Ashto secara semula jadi menyerap lebihan minyak dan menyahtoksin kotoran.
- Mugwort Extract dan Heartleaf Extract membantu mengurangkan penampilan cela dan kerengsaan kulit.
- Vitamin E menyediakan antioksidan semula jadi yang menyuburkan kulit.
- Foto – NUDESTIX
NUDESTIX Blot & Blur Matte Stick boleh digunakan pada kulit segar atau di atas solekan, hanya dot sahaja tanpa menyebabkan solekan cakey.
“Produk ini adalah langkah penyempurnaan kulit yang mudah digunakan, sama ada kamu memakainya dengan atau tanpa solek. Ia mengaburkan dengan cara yang paling cantik untuk memberikan kulit yang licin, kemasan satin yang masih kelihatan seperti kulit sebenar.
“Saya menyimpan satu di meja solek dan satu lagi on-the-go untuk digunakan di sepanjang t-zone,” kata Taylor Frankel, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Jenama.
- Foto – NUDESTIX
NUDESTIX Blot & Blur Matte Stick dijual pada harga MYR136.00 dan boleh didapati di Sephora.