Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Sederhana Dengan Longchamp, Tengku Permaisuri Selangor Pakai Beg Tangan Bawah RM1000

by Indah Aziz
November 26, 2022
Foto - Royal Selangor Official

Foto - Royal Selangor Official

39
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jika sebut sahaja DYMM Tengku Permaisuri Selangor pasti terpancar wajah ayu dan karakter ramah serta sederhana milik peribadi baginda. Dari bekas pembaca berita, kini Tengku Permaisuri Norashikin hidup sebagai figura besar yang dipandang oleh rakyat jelata.

Biarpun darjat mengubah nama, sifat kesederhanaan milik Tengku Permaisuri masih kekal dapat dirasai oleh sesiapa sahaja. Baginda amat mencintai haiwan-haiwan jalanan sehingga tidak lelah menyeru pihak-pihak berwajib untuk membela nasib kucing dan anjing yang terbiar.

Foto – News Straits Times

Jika dilihat dari segi penampilan pula, Tengku Permaisuri kerap kali menggayakan baju kurung dan hiasan mutiara. Ringkas dan menawan dalam pada masa yang sama, padan dengan pembawakan status wanita yang berusia 51 tahun.

Foto – Harian Metro

DIVA juga tertarik apabila terlihat Tengku Permaisuri Norashikin ada menjinjit beberapa beg tangan jenama Longchamp. Lebih mengejutkan koleksi Longchamp yang dipakai oleh Tuanku, boleh dikatakan berpatutan dari jenama fesyen mewah asal Perancis ini.

Foto – Royal Selangor Official
Foto – Longchamp

Gaya tertib dan kesederhanaan Tuanku jelas terpancar bukan? Nah, mesti ramai yang tertanya-tanya beg Longchamp yang mana dan boleh beli dimana. Dari perhatian DIVA, mengenakan LE PLIAGE Longchamp dari dua kategori iatu Le Pliage Original dan Green.

IKLAN

Foto – Royal Selangor Official
Foto – Longchamp

Kedua-dua koleksi ini harga tidak sampai RM1000 pun! Menariknya, Tuanku sering bergandingan dengan Longchamp ketika berpakaian ringkas atau kasual. Sudah tentulah sebab beg tangan paling laris dunia ini pun dicipta untuk mereka yang sukakan estetika yang minimal.

Untuk pengetahuan pembaca, Longchamp Le Pliage merupakan beg tangan ikonik sepanjang zaman. Ia cukup praktikal, ringkas, luas dan tahan lasak. Katanya beg ini boleh tahan sehingga 10 tahun dan lebih lama lagi!

Foto – Royal Selangor Official

Ada satu lagi yang DIVA ingin kongsi tentang koleksi Longchamp Tengku Permaisuri Norashikin. Tuanku juga memiliki satu koleksi edisi Longchamp Le Pliage Cuir LGP Mini Croco Leather. Dari carian semasa, beg tangan ini sudah sold out dan dijual pada harga $360 sekitar RM1600.

Foto – Longchamp

Ternyata pilihan beg tangan Longchamp milik Tuanku sendiri menunjukkan sifat sederhana, bersahaja dan minimalis. Terasa ingin menambah koleksi Le Pliage untuk diri sendiri selepas melihat gaya Tengku Permaisuri Selangor.

Kami dari DIVA sentiasa mendoakan kesejahteraan Tengku Permaisuri Norashikin dan semoga Tuanku memberikan yang terbaik buat rakyat Selangor serta seluruh Malaysia.

Tags: fesyen permaisuri selangorlongchamp permaisuri selangor
Share16SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Sederhana Dengan Longchamp, Tengku Permaisuri Selangor Pakai Beg Tangan Bawah RM1000

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.