Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Taktik Mekap ‘Dolphin Skin’ Favourite Supermodel, Senang Jer Nak Tiru!

by Indah Aziz
November 26, 2022
Foto - Huda Beauty

Foto - Huda Beauty

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Wajah yang berseri-seri sentiasa dikaitkan dengan kulit yang sihat dan bebas cela. Biasanya ia berhasil dari penjagaan wajah yang ketat. Seperti contoh, teknik glass skin merupakan penjagaan wajah yang memberi hasil kulit bukan sahaja sihat tapi licin berkilat.

Mungkin ramai yang tak tahu, terdapat trend terbaharu yang menyerupai glass skin iaitu dolphin skin. Menariknya, trik dolphin skin ini hanya menggunakan mekap. Ia digelar ‘dolphin skin’ kerana terlihat seolah-olah berkilat seperti ikan lumba-lumba dipermukaan air. Cewah!

Foto – Allure

Kalau anda yang sering tertanya-tanya apa rahsia kulit bercahaya supermodel, jawapannya ialah teknik dolphin skin. Apa yang paling best, langkah-langkah untuk achieve dolphin skin sangat mudah!

Mulai dari langkah dengan produk penjagaan wajah iaitu skincare prep. Pastikan kulit kekal lembap, bukan sahaja mengelak dari kulit kering atau terlalu berminyak. Supaya produk solekan mudah melekap pada kulit dan tahan lama.

  • Pelembab pilihan DIVA: Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base Moisturizer and Primer 
Foto – Bobbi Brown

Seterusnya pilih produk prep makeup dari formula hidrasi. Anda boleh pilih primer atau bedak asas jenis dewy. Namun, ia bergantung pada jenis kulit anda. Nasihat DIVA, jika anda mempunyai kulit berminyak pastikan anda pilih bedak asas formula matte untuk mengimbangi kelembapan kulit.

  • Bedak asas pilihan DIVA: NARS Light Reflecting Foundation
Foto – Really Ree

Rahsia kilatan yang sebenar ialah taburan highlighter pada tulang pipi, batang hidung, sekitar tengah dahi dan bawah tulang kening.

  • Highlighter pilihan DIVA: Stila Heaven’s Hue Highlighter
Foto – Beauty Box Korea

Bonus! Jika anda mahu lebih bercahaya anda boleh menambah krim luminator dan semburan setting spray dengan formulasi hidrasi.

  • Krim iluminator pilihan DIVA: MAC Strobe Cream
Foto – MAC Cosmetics

 

  • Setting spray pilihan DIVA: Rare Beauty Always An Optimist 4-In-1 Mist
Foto – POPSUGAR

Terkejut bukan? Tak perlu banyak step dan produk pun. Selamat mencuba!

FILED UNDER dolphin skintrend dolphin skin
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.