Koleksi musim percutian kembali lagi. Nampaknya 2022, tahun penuh dengan keceriaan, kegembiraan dan warna-warni menggamit memori bahagia. Setiap jenama kosmetik turut menampilkan ‘hadiah’ yang lumayan dan istimewa untuk pelanggan setia yang mengikuti koleksi edisi terhad ini.
Terdapat banyak jenama yang mengeluarkan koleksi musim percutian akhir tahun, tapi DIVA paling tartarik pada barisan kosmetik Lancôme. Setiap pembungkusan dan formula diberi nafas baru sesuai dengan semangat perayaan.
Percutian ini, Lancôme menggunakan mawar sebagai simbolik untuk tafsiran semula seni pop oleh artis Perancis kontemporari, Richard Orlinski. Mencipta triniti mawar yang berbilang dimensi dalam estetikanya yang tersendiri, koleksi Lancôme x Richard Orlinski yang terhasil mengekspresikan kegembiraan percutian melalui gabungan kecantikan dan seni.
- Foto – Lancôme
“Ia adalah mawar yang kaya dengan sejarah dan telah menjadi sebahagian daripada warisan jenama ini selama 85 tahun. Saya memutuskan untuk mencipta semula, untuk memberikannya sisi yang luar biasa, tidak dijangka dan berharga, seperti permata.”
Menurut Richard Orlinski, mawar yang dicipta semula tampil dengan aspek sensual, feminin dan kompleks. Dilakar dalam pembungkusan berkonsepkan alam sekitar yang dibalut dengan emas dan dihiasi dengan Lancôme x Orlinski Rose yang berharga dalam tiga variasi warna yang indah – rose gold, emas dan perak.
Beauty Box – RM520 (bernilai RM1,700)
Hanya produk terbaik dari Lancôme yang dipilih. Pada harga RM520 (bernilai RM1,700), set Beauty Box menampilkan produk bersaiz penuh termasuk;
- Foto – Lancôme
- Advanced Génifique Serum
- UV Expert Aqua Gel SPF 50
- L’Absolu Rouge Matte Lipstick
- L’Absolu Rouge Cream Lipstic
- Holiday 2022 Maxi Eyeshadow Palette
Fragrance Holiday Set – RM210 (bernilai RM276)
Temui bau kamu daripada set lima wangian Lancôme yang mesti dimiliki, kini dalam saiz kecil. Pada RM210 dengan nilai keseluruhan RM276, set Miniature Fragrance menampilkan;
- Foto – Lancôme
- Idôle EDP
- La Vie Est Belle EDP
- Miracle EDP
Pelanggan boleh mendapatkan Lancôme Holiday 2022 secara langsung di lokasi utama;
- 1 Utama: 23hb November – 26hb Disember 2022
- Mid Valley: 25 November – 2 Januari 2023
- SOGO KL: 9 Disember – 22 Disember 2022
Info lanjut, rujuk www.lancome.com.my.