Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Rekaan Moden Minimalis Pilihan BONIA Untuk Kedai Konsep Baru Di 1 Utama

by Lisa AG
November 24, 2022
Foto - BONIA

Foto - BONIA

25
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

BONIA yang sekarang bukan lagi seperti dulu. Tranformasi dengan reka bentuk yang lebih sleek dan terkini, BONIA mengikuti peredaran masa dan menjadi pilihan warga tempatan.

BONIA, jenama gaya hidup antarabangsa yang terkenal menghasilkan barangan kulit berkualiti dengan mutu kerja yang kukuh sejak 1974, telah melancarkan kedai konsep terbarunya di 1 Utama Shopping Centre.

Foto – BONIA

Terletak di aras bawah 1 Utama Shopping Centre, gedung BONIA seluas 1,679 kaki persegi yang dilancarkan pada 15 November 2022, dengan bangganya memperkenalkan kedai konsep yang direka oleh firma seni bina dan reka bentuk antarabangsa yang memenangi pelbagai anugerah Spacemen Studio.

Estetik Dengan Moden Minimalis

Konsep kedai mengikuti DNA reka bentuk dengan estetik minimalis yang mencerminkan falsafah reka bentuk BONIA. Dalaman yang menenangkan menampilkan warna kuning air, dinding beralun dan siling yang dilapisi stucco bertekstur yang menyelubungi kedai dan dengan pencahayaan ambien yang lembut meliputi seluruh kedai.

Foto – BONIA

Direka bentuk untuk meniru alam semula jadi dan persekitaran organiknya, ini mewujudkan satu bentuk visual melalui dunia BONIA untuk pengalaman pelanggan semasa membeli-belah.

Di tengah-tengah ruang adalah bentuk bendalir yang melata dari siling untuk mendedahkan pilihan koleksi ready-to-wear. Satu siri perabot dan unit paparan dalam warna pic matte mengalu-alukan pelanggan yang masuk ke dalam kedai. Rak kaca dari dinding melengkung memaparkan beg dan aksesori baru jenama.

Bahagian Kedua Untuk Koleksi Gaya Hidup Jenama

Lantai terracotta menyerlahkan peralihan ke bahagian kedua kedai yang menempatkan koleksi gaya hidup jenama. Sudut dinding berbentuk amoeba, deretan rak bertingkat melengkung dan meja kaca berbentuk organik menyerlahkan ruang dengan arca manakala perabot siap cermin keluli tahan karat dan perincian kayu jati menambah aksen futuristik yang anggun.

Foto – BONIA

Menampilkan palet warna monotone seperti marmar merah jambu Norway untuk membetakan rona warna yang lain, menambah sedikit aspek kewanitaan.

Mungkin dengan membaca kamu tidak dapat menggambarkan selok belok kedai. Jadi, apa kata pergi dan lihat sendiri di Level G, Lot G-313, New Wing, 1 Utama Shopping Centre.

Tags: 1 Utama Shopping CentreBoniaconcept store bonia
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Rekaan Moden Minimalis Pilihan BONIA Untuk Kedai Konsep Baru Di 1 Utama

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.