Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

BALENCIAGA Minta Maaf, Keluarkan Kempen Pedofilia, Porno & Kanibalisme

by Soph.Azz
November 24, 2022
Foto - Daily Mail

Foto - Daily Mail

32
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Label fesyen Balenciaga mengeluarkan permohonan maaf mereka secara terbuka selepas melancarkan kempen baru mereka iaitu “Balenciaga Objects”. Menerusi kempen tersebut, Balenciaga didakwa telah mempromosikan pornografi, pedofilia dan kanibalisme yang dianggap tidak sesuai serta mengganggu.

Dipetik daripada News Week, kempen Balenciaga itu menampilkan seorang kanak-kanak yang memegang beruang teddy yang memakai aksesori perhambaan. Manakala satu lagi gambar menunjukkan beruang teddy yang memakai vest bertali dan choker.

Foto – Indian Express

Bukan itu sahaja, prop kempen kanak-kanak ini juga menampilkan dokumen undang-undang yang menyebut “virtual child porn” dan petikan daripada Supreme Court 2008 (United States v. Williams).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diet Prada ™ (@diet_prada)

Sekadar info, petikan dari kes Supreme Court tersebut menyatakan pornografi kanak-kanak tidak dibenarkan berselindung di sebalik ucapan bebas. Kes itu juga merujuk kepada keputusan awal yang dipanggil Ashcroft vs. Free Speech Coalition; hakim mengundi untuk membenarkan pornografi maya kanak-kanak selagi ia tidak memasukkan kanak-kanak sebenar dalam kandungan.

Melihatkan kekecohan yang berlaku disebabkan oleh kempen tersebut, Balenciaga mengeluarkan semua gambar daripada web mereka dan memohon maaf.

Foto – Twitter

Selepas itu Balenciaga menggantikan gambar kanak-kanak dengan model dewasa yang berada dalam pejabat; wanita berambut ginger memakai kot, seluar ketat dan kasut tinggi yang duduk dengan kakinya di atas meja sambil memegang beg Balenciaga.

Foto – Twitter

Walaupun nampak normal dan okay, tapi bila dilihat dengan teliti, terdapat timbunan buku di sudut mejanya.  Antaranya adalah Michael Borremans “Fire The Sun” dan Matthew Barney “The Cremaster Cycle”.

Untuk pengetahuan kamu, buku:

  • Michael Borremans “Fire The Sun” adalah buku yang menampilkan kanak-kanak berlari dalam keadaan bogel, berlumuran darah, melihat dan memegang bahagian badan yang terpotong. Malah ada juga lukisan kanak-kanak memakai pakaian ghaib, serba hitam yang mengelilingi seekor tikus untuk dikorvankan.
  • Matthew Barney “The Cremaster Cycle” pula memaparkan gambar pelik, dystopian seorang lelaki yang dicat putih tanpa kepala, makan sesuatu yang berdarah, yang sepatutnya mewakuli otot cremaster. Imej ini digambarkan sebagai rujukan kepada pembunuhan dan kebangkitan Abiff yang dilakonkan semula semasa upacara Masonik.

Ramai selebriti seperti Bella Hadid dan Nicole Kidman tampil dalam kempen ini. Bella dikatakan telah memadam kongsiannya sebagai tanda tidak menyokong tindakan Balenciaga tetapi Nicole tetap memuat naik gambarnya.

BACA:  BALENCIAGA Jual Beg Ala 'Plastik Sampah' Sekitar RM8K

Menurut kamu, adakah Balenciaga terus approve tanpa melakukan sebarang penyelidikan mengenai kempen barunya?

FILED UNDER Balenciagabalenciaga pedophiliakontroversi balenciaga
Share13SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.