Bonjourr… Ke mana kita kali ini? Paris, tepat sekali.!
Kalau bercakap tentang Kota Paris, apa yang terbayang di fikiran? Croissant? Eiffel Tower? Ada tak yang sebut fesyen para gadis di sana? Ya, fesyen dan solekan serba ringkas menjadikan mereka sangat ikonik.
Fesyen gadis Paris yang kita lihat di Instagram, elok terletak, bergaya tanpa perlu berlebihan, dan sempurna bila disatukan. Â Mereka ringkas tapi pasti ada item yang menjadi signature sebagai daya penarik.
Almari pakaian gadis Paris yang bergaya biasanya terdiri daripada flat balet, ankle boot, beg tangan kulit, beg bakul ala Jane Birkin, seluar jeans dengan potongan sempurna, blazer hitam, selendang sutera, lingerie camisole, t-shirt berbelang, kemeja putih, dan juga little black dress. Almari pakaian mereka minimum, mereka mementingkan keselesaan daripada gaya.
Kalau kamu mahu meniru cara berpakaian para gadis ini, stalk Instagram si cantik @maralafontan, influencer yang dikenali dengan stail rambut bangs serta OOTD ‘in Paris’. Tengok setiap gambar dan video si Mara ini, confirm ramai yang jatuh hati…
Padan little black dress dengan blouse putih untuk nampak sopan tapi effortless. Sepatu mary jane dan beg tangan rona merah hati sebagai daya penarik.
View this post on Instagram
Sweater vest menaikkan lagi seri pada penampilan ringkas berseluar jeans, blouse putih dan Birkenstock. Bucket hat bercorak sebagai pelindung daripada matahari.
View this post on Instagram
Pakai blouse putih lagi! Kali ini gayakan bersama skirt potongan a line bercorak bunga kecil dan mule heels untuk penampilan yang feminin.
View this post on Instagram
Seksi oh la la dengan LBD versi panjang, beg bakul, mule heels dan lapisan aksesori mutiara untuk gaya harian.
View this post on Instagram
Next, DIVA pilih padanan shirt dress putih dengan oversized blazer rona khaki dan beg Chanel klasik. Sempurna sekali!
View this post on Instagram
Untuk idea seterusnya, follow IG Mara okay…