Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Tengah Cari Beg Galas Untuk Bawa Bercuti? #DIVAKongsi Jenama Yang Patut Kamu Beli

by Soph.Azz
November 23, 2022
Foto - Your Next Shoes

Foto - Your Next Shoes

22
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apabila nak pergi bercuti (tak kiralah dalam atau luar negara), beg galas akan menjadi ‘hot item’ dalam kalangan pelancong wanita. Ia bukan saja boleh jadi pelengkap gaya tapi turut mempunyai pelbagai fungsi berbanding beg lain.

Selain shoulder bag, beg tangan, crossbody atau pun sling bag, beg galas adalah item fesyen yang ramai orang bawa ketika bercuti. Terutamanya mereka yang ada banyak bagasi.

Kalau kamu nak tahu beg galas mempunyai banyak kelebihan dan fungsi. Antaranya adalah ia boleh muatkan barang-barang penting dalam satu beg dan elak kes ragut, tersalah letak barang atau hilang. Bukan itu saja,  beg galas juga dapat kurangkan beban beg lain yang berada di tangan atau bahu kamu.

Jadi bagi sesiapa yang mencari beg galas untuk dibawa bercuti, DIVA senaraikan beberapa beg yang cantik reka bentuknya dan paling penting tahan lasak. Scroll, lihat sampai habis;

GUCCI Bamboo Backpack 

Foto – Gucci

Walaupun beg galas ini dikeluarkan untuk lelaki, tapi rasanya kalau wanita pakai tak salah kan? Tetap nampak bergaya dan mahal!

YSL Joe Backpack In Lambskin 

Foto – YSL

Ringkas tapi nampak mewahnya, beg galas ini kamu boleh padankan bersama minidress, seluar jeans atau oversized shirt.

CELINE Mini Backpack Folco 

Foto – Celine

Sangat vintaj, beg galas Celine ini boleh dipadankan dengan mana-mana gaya terutamanya kasual. Apa yang best tentang beg ini ia ada tali cerut, jadi potensi untuk menjadi mangsa seluk saku pun kurang.

CHANEL Chanel 22 Backpack 

Foto – Chanel

Jika nak nampak mahal ketika bercuti, DIVA syorkan kamu bawa Chanel 22 Backpack ini. Beg galas ini sangat kuat dan tahan lama, dan paling penting talinya tak menyakitkan bahu seperti sesetengah beg lain.

PRADA Small Re-Nylon Backpack 

Foto – Prada

Menggunakan fabrik nilon yang dikitar semula daripada plastik di dasar laut, beg galas ini boleh memuatkan banyak barang seperti dompet, passport, barang mekap hingga ke botol air.

LONGCHAMP Le Pilage Original Backpack 

Foto – Longchamp

Paling berfungsi! Beg galas Longchamp ini sangat luas di bahagian dalamnya, tidak melorot jatuh dan sangat ringan. Jadi mudah nak bawa ke mana-mana saja, terutamanya perjalanan yang jauh.

LOUIS VUITTON Palm Springs Mini Monogram 

Foto – Louis Vuitton

Walaupun saiznya kecil, tapi ruang dalam beg galas ini sangat luas. Dan beg galas ini juga boleh jadi sling bag tau, caranya tanggalkan tali beg dan silangkannya.

Setiap beg galas di atas boleh dipadankan dan sangat sesuai dengan mana-mana gaya kamu ketika bercuti nanti. Happy shopping!

Tags: beg galas berjenamabeg galas berkualitibeg galas mahal
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Tengah Cari Beg Galas Untuk Bawa Bercuti? #DIVAKongsi Jenama Yang Patut Kamu Beli

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.