DIVA yakin setiap pasangan yang bakal berkahwin, pasti akan berasa runsing untuk mencari lokasi bergambar yang cantik bagi mengabdikan memori indah tersebut. Sama ada bergambar untuk pra-perkahwinan, semasa atau selepas, setiap bakal pengantin mahu gambar mereka yang diambil oleh jurugambar menjadi cantik, dreamy serta timeless.
Dan untuk mengabdikan memori romantik bersama pasangan, sudah semestinya kamu memerlukan lokasi yang mempunyai latar belakang yang unik dan tidak cliche kan? Sama ada berlatar belakangkan alam semula jadi atau reka bentuk bangunan yang unik, DIVA ada beberapa lokasi yang cantik untuk kamu bergambar!
Khas untuk bakal pengantin yang bakal berkahwin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pertimbangkan beberapa lokasi ‘hot spot’ ini untuk gambar kahwin yang berbeza daripada orang lain dan lebih cantik. Lihat di bawah;
A-Park, Puchong
Ala-ala di zaman klasik Eropah, A-Park ini adalah lokasi yang sesuai untuk pasangan yang sukakan latar belakang taman desa. Sama ada kamu adakan majlis di sini, atau sekadar nak bergambar; DIVA sarankan kamu untuk ambil gambar di atas bot atau tepi jambatan.
View this post on Instagram
Seri Gemilang Bridge
Nak feeling seperti raja dan ratu, kamu boleh bergambar di jambatan istiadat Seri Gemilang Bridge ini. Pose lah di mana-mana tempat sekali pun, tetap nampak cantik dan vogue!
View this post on Instagram
Astaka Morocco, Putrajaya
Untuk bakal pengantin yang sukakan suasana Timur Tengah, jangan lepaskan peluang untuk bergambar di Astaka Morocco. Setiap ukiran di dinding dan pintu, boleh jadikan gambar kamu nampak mahal seolah-olah seperti berada di luar negara.
IKLAN
View this post on Instagram
Tamarind Square, Cyberjaya
Mempunyai seni bina yang unik dengan gabungan kehijauan alam semula jadi dan moden bandar, Tamarind Square kini menjadi hot spot untuk para bakal pengantin bergambar tau. Saranan DIVA, ambil gambar di waktu bekerja kerana hujung minggu sesak dengan pengunjung luar.
View this post on Instagram
Taman Saujana Hijau, Putrajaya
Menjadi salah satu taman awam yang tercantik, Taman Saujana Hijau yang dipenuhi dengan pokok hijau ini sudah semestinya akan menjadi latar belakang yang paling cantik untuk kamu bergambar. Sekali pandang, rasa macam di luar negara tau!
View this post on Instagram
Sebelum bergambar, pastikan kamu lihat ramalan cuaca terlebih dahulu okay?