Sejujurnya tiap kali melihat penyanyi dan guru vokal; Datuk Syafinaz Selamat, DIVA memang kagum dan terpaku dengan kecantikannya. Walaupun sudah berusia 49 tahun, Datuk Syafinaz tetap nampak cantik dan awet muda!
Sama seperti wanita lain, Datuk Syafinaz mempunyai rahsia dan rutin kecantikannya sendiri. Psst… Dengar cerita beliau amalkan rutin ini sejak usianya 16 tahun lagi.
Nak tahu apa rutin yang diamalkannya, baca dan scroll sampai habis okay?
- Foto – @datuksyafinazofficial (IG)
Memandangkan Datuk Syafinaz memiliki kulit jenis sensitif, beliau mendedahkan penjagaan kulit dan berat badannya sangat penting. Untuk mencapai kedua-duanya, Datuk Syafinaz ‘sanggup’ melabur lebih dari segi masa dan wang bagi mendapatkan kulit yang bersih dan sihat.
Bukan itu sahaja, Datuk Syafinaz turut amalkan pemakaian sheet mask setiap hari. Katanya pemakaian sheet mask amat penting kerana kelembapan yang cukup adalah baik untuk kulitnya yang sensitif.
- Foto – Skin Of Seoul
Dalam masa sehari, Datuk Syafinaz akan memakai sekurang-kuranya dua sheet mask. Tak kiralah harganya murah atau pun mahal, guru vokal ini mendedahkan beliau mempunyai lebih 10 jenis sheet mask yang berbeza.
Selain mendapat kelembapan daripada sheet mask, Datuk Syafinaz juga akan pastikan dirinya minum air kosong sebanyak dua gelas setiap pagi. Dedahnya, itu salah satu rahsia kecantikan dan sihat yang diamalkan sehingga sekarang.
- Foto – @datuksyafinazofficial (IG)
Sekadar info, minum air pada waktu pagi terutamanya selepas bangun tidur dapat ‘mencuci’ perut dan mengimbangkan sistem limfa. Bila sistem limfa stabil dan seimbang, badan akan memiliki sistem imun yang kuat, boleh elak badan daripada jatuh sakit dengan kerap.
Sangat mudah kan rutinnya? Selamat mencuba!