Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

5 Filem Tema Raikan Wanita, Wajib Tonton Dengan BFF Hujung Minggu Ini

by Indah Aziz
November 19, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hujung minggu tiba lagi! Sudah jadi adat ada yang suka memerap di rumah sambil melakukan pebagai aktiviti masa lapang. Mungkin ada diantara pembaca DIVA masih bingung untuk melengkapkan hari cuti ini bukan? Jadi ada beberapa filem yang ingin DIVA cadangkan untuk anda.

Filem yang DIVA ingin kongsikan kali ini ialah bertemakan wanita dan jangan risau filem yang disyorkan adalah yang terbaru. Kalau tak baru pun, mesti ada yang anda terlepas untuk menonton.

Mari raikan semangat wanita dengan rakan baik anda. Hujung minggu ini tonton lima filem terbaik dibawah;

#1 Prey [2022]

Rating IMDb: 7.2/10

Filem paling menarik untuk ditonton! Mengisahkan perjuangan gadis dari puak Comanche melawan ‘penjajah’ asing. Kebijaksanaan, ketangkasan dalam dilihat dalam watak utama. Malah pengkakhiran filem ini juga membangkitkan semangat kepimpinan dalam wanita.

Foto – Rolling Stone

#2 Hustlers [2019]

Rating IMDb: 6.3/10

Serius tak sangka DIVA enjoy sangat dengan filem ini. Berkisarkan kehidupan terdesak penari-penari kelab dalam mencari rezeki. Aktiviti jenayah yang dilakukan berteraskan kepada kepercayaan antara satu sama lain. Semuanya bermula dari setia kawan…

Foto – The New York Times

#3 The Woman King [2022]

Rating IMDb: 6.7/10

DIVA berani cakap ini antara filem terbaik untuk tahun 2022. Kehebatan lakonan Viola Davis tidak disangkal lagi apabila memegang watak pahlawan wanita di salah satu kerajaan Afrika lampau. Anda boleh lihat bagaimana kekuatan, kecerdasan dan kebijaksanaan wanita dalam memimpin pasukan pertahanan negara.

Foto – Vanity Fair

#4 KATE [2021]

Rating IMDb: 6.2/10

Kenapa ramai ya tak tahu tentang filem KATE? Kalau anda dan rakan suka filem lagak aksi wajib tonton filem ini sekarang. Kate merupakan agen pembunuh upahan yang dikhianati sehingga diberi racun merbahaya. Dapatkah Kate mencari dalang sebalik semua pertelingkahan ini? Tonton tau!

Foto – Netflix Queue

#5 E M M A. [2020]

Rating IMDb: 6.7/10

Filem comel yang mencuit hati sesiapa yang menonton. Kadang-kadang boleh geram dengan Emma tapi ada masa jatuh sayang dan simpati. Begitu juga dengan kisah persahabatan dan kekeluargaan yang ditonjolkan dalam filem ini. Diadaptasi dari karya Jane Austen, memang kena tonton siapa yang suka genre romantik!

Foto – Focus Features

Jadi, anda rancang nak tonton yang mana dulu? Kongsikan dengan DIVA.

FILED UNDER filem tema wanitafilem terbaik 2022filem wanita terbaik
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.