Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAReview STEG KL: Percutian 3H2M Di Tengah KL, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat!

by Soph.Azz
November 18, 2022
Foto - Arkib DIVA

Foto - Arkib DIVA

22
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rasanya bukan DIVA saja yang rasa rindu dan ‘gatal kaki’ nak berjalan, kamu pun mesti rasa benda yang sama kan? Disebabkan rasa nak bercuti makin meluap, DIVA pun ambil keputusan untuk staycation di tengah Kuala Lumpur. Tak terlalu jauh dan tak terlalu dekat, bolehlah untuk rehatkan minda dan badan daripada kerja.

Kebiasaannya untuk cari penginapan, DIVA akan utamakan hotel yang tidak terlalu over harganya, ada banyak fasiliti, mesra pengangkutan awam, dekat dengan tempat tarikan dan paling penting, makanan!

Dan penginapan terbaik selama 3 hari 2 malam (3h2m) yang pernah DIVA diami adalah di STEG KL. Nak tahu kenapa hotel butik ini best sangat, mari DIVA ceritakan di bawah;

STEG KL, Hotel Butik Bertaraf 4.5⭐

Sekadar info, “STEG” telah diadaptasi daripada perkataan Sweden yang membawa maksud step (langkah). Bertempat di bangunan 12 tingkat di antara kawasan perumahan dan pejabat, STEG Hotel terletak hanya beberapa minit daripada Bukit Bintang Segitiga Emas, KLCC dan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Foto – Arkib DIVA

Apa yang lebih menarik, STEG KL adalah sebuah hotel butik yang menggabungkan reka bentuk kotemporari dan warisan sejarah. Sesuai untuk mereka yang gemarkan tarikan vintaj dan rupa moden dalam satu masa.

Itinerari 3h2m di STEG KL: #1 Hari Pertama 

Pada hari pertama, DIVA sampai ke STEG KL sekitar jam 4:30-5 petang memandangkan hari tersebut hujan dengan lebat. Setibanya di sana, DIVA disambut dengan mesra oleh petugas hotel butik berkenaan. Sementara menunggu urusan pendaftaran selesai, DIVA menunggu di sofa lobi.

Foto – Arkib DIVA

Apa yang DIVA boleh katakan, interior hotel butik ini memang moden dan minimalis. Di ruang menunggu, ada kepingan awan terapung yang memaparkan nama “STEG”. Bukan itu saja, ada juga motosikal antik, peti besi antik dan kabinet di sepanjang laluan pejalan kaki. Bila dongakkan kepala ke atas pula, bahagian siling direka menggunakan stail industri. Dan bertentangan dengan kaunter pendaftaran, ada tangga yang bergelombang di antara iaitu Tuscany Steps yang diinspirasikan oleh tangga di Itali.

Foto – Arkib DIVA

Selesai pendaftaran, DIVA naik ke tingkat 5 untuk berehat. Sebaik saja masuk ke dalam bilik, memang tergamam lihat keluasannya. Sangat besar dan selesa. Katilnya pula bersaiz king dan dilengkapi dengan kemudahan seperti peti sejuk, sofa, Smart TV, Wi-Fi, meja kerja, tempat simpan dan gantung pakaian serta peti besi.

Foto – Arkib DIVA

Tandasnya pula dilengkapi dengan alat mandian, tuala dan pengering rambut. Yang best tentang tandasnya, hanya satu bahagian dinding sahaja dicat dengan warna kuning, manakala selebihnya putih. Dan cerminnya pula kita boleh adjust lampu untuk kecerahannya.

Foto – Arkib DIVA
Foto – Arkib DIVA

Pemandangan bilik ini menghadap ke kawasan perumahan dan ke arah kolam. Cantik dan tenang untuk berehat sementara tunggu makan malam. Untuk makan malam, DIVA turun ke restoran Transit by JWC Restaurant yang terletak di lobi hotel butik ini. Kafe ini hanya menyediakan makanan ringan, beberapa makanan Barat, kopi dan teh sahaja. Selepas itu, DIVA naik dan berehat untuk aktiviti pada hari kedua.

#2 Hari Kedua 

Sekitar jam 8 pagi, DIVA dibawa mengelilingi kawasan kejiranan sekitar STEG Hotel oleh petugas hotel. Berdekatan dengan hotel ini, ada pasar pagi Tiong Nam yang terdiri daripada peniaga tempatan dan juga Indonesia.

Foto – Arkib DIVA

DIVA dibawa ke beberapa tempat makanan yang terbaik dan popular seperti Betty Tapak Lapan yang menyediakan makanan Indonesia, Fish Head Noodle iaitu mee kepala ikan yang dibuat menggunakan resepi dari China dan kopitiam.

Foto – Arkib DIVA

Kemudian DIVA berjalan-jalan di sekitar pejalan kaki yang berdekatan dengan LRT PWTC dan Sunway Putra Mall. Di sini, DIVA melihat ada sekumpulan warga emas yang sering bersenam bersama-sama setiap pagi. Selepas itu DIVA kembali ke hotel dan menikmati sarapan pagi. Setelah selesai bersarapan, DIVA dibawa pula untuk mengelilingi hotel butik ini. Bermula dari bilik hotel, kemudahannya dan kawasan sekitar.

IKLAN

Lobi: 

Foto – Arkib DIVA
  • Transit by JWC Restaurant tawarkan makanan dan minuman termasuk pastri, sourdough buatan tangan, sandwich, pasta, kopi dan teh. Waktu operasinya 7 pagi – 9 malam setiap hari.
  • Vegetory pula adalah ladang teknologi dalaman yang menggunakan lampu khas untuk menuai sayur seperti salad, kangkung dan banyak lagi. Waktu operasinya 9 pagi – 6 petang setiap hari.

Tingkat 1 & Mezanine:

Foto – Arkib DIVA
  • Ruang mesyuarat yang menempatkan sehingga 200 orang (boleh dibahagi kepada 3 bilik kecil: South, Central dan North muatkan 60-80 orang).
  • Untuk ahli perniagaan eksekutif boleh gunakan Forum (bilik lembaga direka bentuk estetik boleh muatkan 20 orang) atau @ten (ruang istirehat eksklusif yang gabungkan soda dan pemandangan Kuala Lumpur).
  • Bilik tarian hotel, Bankett berkeluasan 1072sqm. Sesuai untuk majlis kahwin, sosial dan korporat  yang boleh muatkan sehingga 360 orang. Bankett dilengkapi dengan kemudahan terkini, sistem audio-visual, panel bunyi akustik dan sambungan Wi-Fi.

Tingkat 2: 

Foto – Arkib DIVA
  • The Red Pool dibina menggunakan jubin mozek merah yang dilengkapi dengan kerusi jemur, payung dan tuala dalam warna yang sama. Kolam ini beroperasi sekitar 7 pagi-8 malam setiap hari.
  • Sweat @two bersebelahan kolam renang adalah bilik kecergasan yang dilengkapi dengan peralatan kardiovaskular dan latihan kekuatan. Waktu operasinya sekitar 7 pagi – 11 malam setiap hari.
  • B.est Mind + Body pula adalah pusat terapi minda dan badan. Ada Yoga, Pilates, Zumba, HIIT, Sound Healing dan banyak lagi. Untuk tetamu hotel akan diberikan harga istimewa pada setiap hari Selasa-Ahad.

Tingkat 3-10:

Foto – Arkib DIVA
  • Ada 171 bilik tidur yang menawarkan 4 pilihan penginapan iaitu Swanky, Groovy, Ritzy dan Suite.
  • Swanky ada katil single/twin (17-23sqm), menghadap ke Jalan Raja Laut.
  • Groovy pula mempunyai katil twin/king (20-30sqm) dan menghadap ke kolam renang dan kawasan kejiranan Tiong Nam.
  • Ritzy (17-30sqm) boleh dipilih sama ada mahu katil single, twin atau king. Dan ianya terletak di tingkat 10 iaitu tingkat eksekutif.
  • Suite (42-60sqm) pula sesuai untuk mereka yang mahu raikan detik istimewa. Ada 3 pilihan iaitu Suite I/II, Love Nest atau Sakura.

Harga:

  • Swanky – Single Bed (RM 560)/ Twin Bed (RM600)
  • Groovy – King Bed (RM740) / Twin Bed (RM740)
  • Ritzy – Single Bed (RM720) / Twin Bed (RM880) / King Bed (RM880)
  • STEG Suite I/II – RM1800
  • Love Nest – RM2800
  • Sakura – RM3000+
Foto – Arkib DIVA

DIVA paling suka Sakura Suite kerana ia dihiasi dengan konsep Jepun-Cina, memang rasa romantik habis. Dan bilik suite ini ada jacuzzi, boleh lihat dari katil tau!

Atas bumbung (rooftop):

Foto – Arkib DIVA
  • Ruang terbuka di mana DIVA dapat melihat pemandangan 180° Pusat Bandar Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas. Di bahagian ini juga kamu boleh bersenam atau anjurkan majlis tau.

Setelah selesai mengelilingi hotel ini, DIVA dijemput untuk mengikuti bengkel kopi. Dianjurkan oleh JWC Roastery, DIVA mempelajari cara membuat kopi, tahu apa selera DIVA dan banyak lagi. Untuk makan malam pula, DIVA dibawa ke Nasi Kandar Mohd Yaseen berdekatan dengan hotel. Restoran ini boleh dikatakan popular dalam kalangan penduduk sekitarnya.

Foto – Arkib DIVA

#3 Hari Ketiga

Pada hari terakhir, DIVA bangun sekitar 8 pagi untuk mengikuti kelas Yoga. Sepatutnya DIVA akan lakukan Aqua Yoga iaitu yoga dalam air, tetapi disebabkan oleh hujan DIVA lakukan yoga di dalam kelas sahaja.

Foto – Arkib DIVA

Selepas selesai beryoga, DIVA turun ke restoran Transit by JWC Restaurant untuk menikmati sarapan terakhir. Ketika ini, DIVA nikmati sourdough dan Chicken Katsu Bagel. Memang sedap. Selesai bersarapan, DIVA naik ke bilik untuk mandi dan mengemas pakaian sebelum check out.

Pengalaman 3h2m di STEG KL memang best dan sangat di-recommend! Walaupun hotel butik ini terletak di kawasan Chow Kit yang bagi sesetengah orang rasa takut dengan kawasan sekitarnya, tapi apa yang DIVA katakan ianya tidaklah menakutkan. Apa-apa pun, memang best stay dekat sini.

Kalau kamu berminat nak menginap di STEG KL, boleh pergi ke [SINI].

Tags: steg klsteg kl reviewsteg kuala lumpur
Share9SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Self
Gaya Hidup

#DIVAKongsi Idea Menu Sayuran Yang Sihat & Simple Untuk Bersahur

March 12, 2023
Foto - The Vocket
Gaya Hidup

Hadiah Kahwin Paling Berbaloi, Buat Pengantin Bersyukur Seumur Hidup!

March 5, 2023
Foto - TED Masterclass
Gaya Hidup

Percayalah! Tonton 3 Video TED Talk Ini, Ia Boleh Ubah Hidup Anda

February 26, 2023
Foto - DYROGUE
Gaya Hidup

Nak Healing? Ini Buku Kembali Tumbuh Paling Popular Untuk Kamu Dalami..

February 18, 2023

IKLAN

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAReview STEG KL: Percutian 3H2M Di Tengah KL, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat!

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.