Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

2 Tips Kecantikan Wanita 20-an Kena Tahu Menurut Beauty Guru

by Lisa AG
November 17, 2022
Foto - Rhode

Foto - Rhode

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ada orang melakukan rutin penjagaan diri merupakan satu terapi. Itulah masa kamu untuk bermanja dengan kulit, mengenali kulit dengan lebih dekat, membelek setiap perincian kulit bagi memastikan diri berada pada keadaan yang sihat dan baik.

Di usia 30-an ini banyak perkara tentang skincare yang penulis terlepas dan kalau boleh putar masa, alangkah bagusnya dapat menjaga soal penjagaan wajah. Tiada lagi masalah kulit seperti jerawat, kusam, parut dan sebagainya, kulit bersih berseri seperti yang diidamkan. Tak perlu keluar rumah dengan bersolek tebal bagi menutupi cela, natural beauty dengan sunscreen sahaja.

Sebab itu, penting untuk kamu tahu tips penjagaan kulit, lagi-lagi kamu yang masih muda. Beauty guru Amy Chang atau dikenali sebagai @bondenavant tidak lokek berkongsi tips bernas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AMY CHANG 👄 (@bondenavant)

Jangan pakai krim pelembap yang berlebihan

Kenapa? Melembapkan kulit kamu secara berlebihan boleh menjadikan kulit kamu lebih lemah, sensitif dan kering dari semasa ke semasa. Apabila terdapat terlalu banyak kelembapan pada kulit, perkara seperti ruam boleh berlaku.

Kalau kamu terus over moisturize boleh terjadinya perioral dermatitis. Di mana kulit kamu merengsa dan mengakibatkan kegatalan, kemerahan, atau mengelupas.

Penting untuk hanya menggunakan pelembap dalam kuantiti yang kecil seperti saiz kacang, dan dirumus untuk jenis kulit kamu.

Reapply SPF setiap 2 jam

Penggunaan SPF selepas beberapa jam adalah sangat penting untuk mengekalkan ketahanan perlindungan daripada sinaran UV yang diberikan.

Malas reapply sunscreen boleh menyebabkan pelbagai risiko masalah kulit, seperti;

  • Kulit terbakar dan menjadi gelap akibat sinaran UVB
  • Kulit menjadi kering dan kusam
  • Kedutan halus muncul pada kulit
  • Terdapat hiperpigmentasi pada kulit, yang menyebabkan tona kulit tidak sekata
  • Risiko penuaan pramatang kulit
  • Risiko mendapat kanser kulit

Nampak macam mudah tapi percayalah ramai yang tidak mengambil peduli akan soal penjagaan kulit. Ingat, nak kulit cantik kena rejin belek muka.

FILED UNDER beauty guru amy changtips cantik umur 20-an
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.