“All I want for Christmas is…?!!’
Setiap kali tibanya musim percutian, jenama produk kecantikan berlumba-luma menampilkan koleksi edisi terhad dałam pembungkusan yang mengetengahkan semangat musim perayaan akhir tahun.
- Foto – innisfree
Kali ini, jenama unggul Korea Selatan, innisfree tampil kelainan dalam serba putih bagaikan bidadari. Terlalu cantik membuatkan kita tertawan melihatnya. Tahun ini, innisfree bertemakan ‘Merrier Together, Green Holidays is Here, direka oleh ilustrasi Korea, étoffe.
Semua produk Green Holidays ditransformasi serba putih oleh étoffe, menjadikannya hadiah terhebat tahun ini. Sapuan berus berdakwat arang yang ringkas tetapi penuh emosi menangkap keajaiban musim ini, melukiskan nostalgia, kebahagiaan hampir seperti dongeng sepanjang tahun ini.
- Foto – innisfree
Kerjasama ini menyesuaikan gaya ilustrasi étoffe ke dalam tema Green Holidays di mana manusia dan haiwan meraikan musim cuti bersama-sama!
Green Holidays 2022 menampilkan produk seperti Green Tea Seed Serum Set, Black Tea Youth Enhancing Ampoule, Retinol Cica Repair Ampoule, Green Tea Seed Cream dan Jeju Life Perfumed Hand Cream Set. Selain itu, terdapat juga Advent Calendar “Best Holiday Kit” bernilai RM199, dengan pembelian RM350 ke atas.
Info lanjut boleh rujuk laman web di sini.