Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Song Ji Hyo Datang Malaysia, Tapi Kali Ini Sebagai Duta Glutanex!

by Soph.Azz
November 17, 2022
Foto - Glutanex

Foto - Glutanex

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jenama kecantikan Korea; Glutanex membawa dutanya iaitu Song Ji Hyo bagi memeriahkan majlis pelancaran di Tropicana Gardens Mall. Sambil melancarkan majlis tersebut, Glutanex turut menyediakan sesi ‘meet and greet‘ antara peminat dan dutanya.

Bukan itu sahaja, sepanjang majlis pelancaran yang diadakan tiga hari ini, pelbagai aktiviti dianjurkan seperti Batu Seremban, Mesin Angin Tangan, Putar Roda, Ddakji dan ceramah oleh pakar perubatan kecantikan untuk setiap pengunjung.

Berbeza dengan jenama kecantikan lain, Glutanex mengubah haluan dengan menggunakan glutathione sebagai bahan utamanya. Glutathione adalah antioksidan kuat yang boleh mencerahkan kulit, menentang penuaan dan menjaga kesejahteraan kulit.

Boleh didapati di Watsons atau dalam talian, ini antara barisan Glutanex yang patut kamu cuba segera untuk cantik seperti Song Ji Hyo;

  • Glutanex Glow Balm 

Foto – Glutanex

Diperbuat daripada glutathione, minyak seaberry dan peptida, balsam ini boleh melembapkan, mengurangkan kedutan dan mencantikkan warna kulit. Hanya sapu pada pipi, dahi, leher atau bawah mata, kamu boleh lihat kesannya dalam masa 3 minggu. mereka yang berkulit sensitif pun boleh gunakan balsam ini juga ye.

  • Glutanex Aqua Booster 

Foto – Glutanex

Sangat ringan dan beri kesan penyejukan pada kulit, krim ini dirumus dengan nutrien seperti DNA natrium yang membantu penjanaan semula dan pembaharuan kulit. Malah kerengsaan kulit dapat dilegakan selepas 1 kali penggunaan.

  • Glutanex Snow White Cream 

Foto – Glutanex

Dirumus untuk mengekang melanin dan mencerahkan kulit, krim pemutih ini diperbuat daripada antioksidan, asid tiotik (melambatkan penuaan) dan Vitamin C (menyihatkan dan mencerahkan kulit). Langsung tak melekit dan kamu boleh guna pada waktu pagi juga ye.

  • Glutanex Night Serum 

Foto – Glutanex

Mempunyai formula teraktif suhu yang memerlukan penyimpanan dalam peti sejuk untuk menjamin kesan penenangan dan penghidratannya. Sekiranya kulit terasa kering pada waktu pagi dan malam, serum ini adalah pilihan terbaik untuk kamu!

  • Glutanex Cica Cream 

Foto – Glutanex

Diperbuat daripada glutathione, Centella Asiatica dan ekstrak telur salmon, krim ini terbukti secara klinikal bersifat hipoalergenik iaitu tidak menimbulkan alahan seperti krim selepas rawatan yang lain.

Maklumat lanjut tentang Glutanex, kamu boleh pergi ke [WEB] atau [IG].

Tags: glutanexsong ji hyosong ji hyo malaysia
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Song Ji Hyo Datang Malaysia, Tapi Kali Ini Sebagai Duta Glutanex!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.