Mengggunakan kaktus?
Onitsuka Tiger dengan bangganya mengumumkan pelancaran kasut MEXICO 66™ CACTFUL™, versi terkini daripada himpunan kasut ikonik MEXICO 66™ yang menggunakan lebih 20% kaktus pada bahagian atas kasut.
- Foto – Onitsuka Tiger
Koleksi baru ini dibangunkan bersama dengan barisan jurutera DESSERTO® yang menggunakan gentian kaktus Mexico sebagai bahan mentah untuk bahagian atasnya.
Di samping menampilkan proses pengeluaran yang mensasarkan kepada pengurangan impak terhadap alam sekitar serta memenuhi piawaian kualiti dan produk yang ditetapkan oleh teknologi pintar Onitsuka Tiger.
Bukan itu saja, dalam mengekalkan elemen reka bentuk ikonik MEXICO 66™, lima rona istimewa tersedia untuk meningkatkan lagi tekstur lembut yang menjadi salah satu ciri utama material ini.
- Foto -Onitsuka Tiger
Antara ciri lain bahan daripada kaktus ini adalah bersifat ringan, yang digunakan sepenuhnya pada rekaan kasut, selain mengandungi bahagian bahan kitar semula pada tali kasut serta beberapa bahagian lain.
Kasut sukan MEXICO 66™ CACTFUL™ yang ikonik ini boleh didapati di stor Onitsuka Tiger di 15 negara di seluruh dunia Januari depan.