“Turun berat salah, berisi lagi lah salah. Semua tak kena, hmm”, tulis DSV.
Psst… Dato’ Seri Vida (DSV) baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila usahawan ini tampil dengan penampilannya yang baru. Berbanding sebelum ini, DSV kelihatan lebih cantik dan makin kurus!
- Foto – @datoserivida (IG)
Memberi bayangan seperti DSV telah ‘membuang’ lemak dalam badannya, membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada usahawan ini melakukan pembedahan bariatrik atau pun tidak. Menolak dakwaan dirinya membuat pembedahan bariatrik untuk kuruskan badan, DSV membalas secara ringkas bahawa dia tidak melakukannya, “Tak, no no”.
- Foto – @datoserivida (IG)
Pembedahan bariatrik (atau ada yang panggil potong usus) adalah sejenis pembedahan yang dilakukan untuk membantu mengawal berat badan berlebihan atau obesiti.
Dan biasanya pembedahan ini dilakukan bila seseorang itu gagal mengurangkan berat badan melalui perubahan gaya hidup atau tak berjaya kekalkan penurunan tersebut untuk tempoh jangka panjang.
- Foto – @datoserivida (IG)
Tapi apa pun ramai yang teruja dan gembira melihat penampilan terbaru DSV; nampak lebih kurus, cantik dan lebih elegan sebagai seorang jutawan kosmetik. Pakaiannya pula tidak over dengan mekap dan aksesori pula yang minimalis membuatkan seri DSV lebih naik kan?