Untuk peminat bola sepat dan para atlet, adidas dan Al-Ikhsan menjemput kamu untuk sertai Roadshow Perlawanan Bola mereka. Bermula pada 10 November hingga 18 Disember, sertai roadshow ini di lima lokasi terpilih ini bersempena dengan Piala Dunia Qatar dan sambutan Al-Rihla; bola perlawanan terbaru adidas.
Sekadar info, adidas telah menambah baik setiap versi bola perlawanan Piala Dunia rasmi sejak 1970-an. Dengan mengubah komponen dan reka bentuknya untuk Piala Dunia kali ini, Al-Rihla telah menjadi sorotan utama sepanjang roadshow ini.
Bagi peminat bola sepak terutamanya Piala Dunia, teroka 3 keunikan berikut di sepanjang Roadshow Perlawanan Bola berlangsung;
#1 Perpaduan Melalui Sukan
Setiap bahagian roadshow ini memberikan pengalaman yang asli dan menyeluruh untuk setiap pengunjungnya dapat menerokai sejarah bola sepak. Bukan itu saja, para peminat bola sepak juga boleh disatu padukan menerusi kuasa sukan seperti:
- Foto – adidas
- Arkib Bola Perlawana iaitu detik-detik kegemilangan dengan setiap Bola Perlawanan Rasmi adidas (1970-2018).
- Setiap bahagian dipenuhi dengan barisan peralatan bola sepak adidas termasuk jersi yang menggunakan teknologi HEAT.DRY yang dan diperbuat daripada 100% polister kitar semula.
- Foto – adidas
- Stesen permainan yang beri tumpuan pada bola sepak dan ujian kasut di lapangan.
- Pertandingan media sosial: Pemenang berpeluang membawa pulang pelbagai barangan termasuk kod untuk FIFA 23 Ultimate Edition dan bola Al-Rihla yang ditandatangani oleh David Beckham.
#2 Al-Rihla: Bola Paling Mampan
- Foto – adidas
Kalau kamu nak tahu, bola perlawanan rasmi Piala Dunia; Al-Rihla adalah yang pertama dicipta menggunakan pelekat dan dakwat berasaskan air. Reka bentuknya menggunakan gambaran 4 warna berbeza yang wakili budaya dan bendera Qatar.
#3 Roadshow Bola Perlawanan Rasmi adidas
Sebagai menghormati dan mengiktiraf budaya yang ditonjolkan dalam sejarah bola sepak negara masing-masing, peminat bola sepak boleh membeli kit daripada pelbagai persekutuan di sepanjang roadshow seperti Jerman, Argentina, Sepanyol, Jepun, Mexico, Colombia dan Sweden.
- Foto – adidas
- Foto – adidas
Psst… Koleksi jersi ini bukan sahaja lebih lestari, tetapi ia juga merupakan jersi berprestasi terbaik pernah dimiliki oleh adidas.
Sertai Roadshow Bola Perlawanan Rasmi adidas di:
- KTCC Mall, Terengganu: 24-27 November 2022
- Sunway Carnival Mall, Penang: 30 November – 4 Disember 2022
- Mid Valley Southkey, Johor: 7-11 Disember 2022
- Mahkota Parade, Melaka: 15-18 Disember 2022