Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAKongsi Tips Hilangkan Bau Tandas Hanya Guna Bahan Semulajadi Yang Selamat

by Indah Aziz
November 12, 2022
Foto - Rukita

Foto - Rukita

33
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bau lembap dan hapak bilik air atau tandas antara satu perkara yang menyesakkan hidung. Baru sahaja menyental dan mencuci tapi timbul pula satu masalah berbau yang mungkin kita tak boleh hidari. Jadi bermacam cara kita guna dan semestinya ialah mencuci menggunakan peluntur.

Seperti yang kita sudah maklum, kesan dari peluntur bukan sahaja boleh merosakkan kulit tapi boleh menyebabkan lantai serta dinding timbul daki atau kulapuk. Bahkan bau peluntur yang kuat juga boleh beri risiko bahaya pada anak kecil dan warga emas.

Foto – rnf

Dilema pula rasa ya, bau hapak buat menyampah dan nak cuci guna peluntur pun tak boleh. Jadi apa cara yang selamat tapi boleh mengurangkan bau tandas? DIVA cadangkan anda untuk gantikan produk peluntur atau pewangi kimia dengan pilihan semulajadi. Ikuti dibawah ini;

Jus lemon

Daripada lemon dalam peti ais jadi lembik dan membengkak, lebih baik anda guna untuk tandas. Perahan jus lemon boleh memberi bau segar sekaligus mengurangkan bau hapak. Jadi anda boleh letakkan semangkuk perahan jus lemon dan biar semalaman. Atau anda boleh lap jus lemon pada mangkuk tandas dan sekitarnya.

Foto – Live Science

Serbuk penaik

Ini memang dah lama jadi life-hacks DIVA! Serbuk penaik sebenarnya mampu menyerap bau busuk bukan sahaja dalam peti ais, malah tandas rumah anda. Serbuk penaik mempunyai nilai pH yang tinggi jadi ia dapat mengimbangi semula dari bau pH yang rendah. Cuma pastikan anda kerap menukar serbuk penaik kalau tidak tandas kembali berbau.

Foto – Healthline

Arang buluh (bamboo charcoal)

Arang buluh dikatakan dapat berfungsi seperti natural dehumidifier memastikan udara bersih dari bau serta bakteria yang tidak menyenangkan. Caranya cukup mudah, hanya letakkan ketulan arang buluh disudut tandas. Serta merta anda akan merasai perbezaan bau tandas yang segar dan terasa lebih bersih.

Foto – Buzzwebzine

Minyak pati (essential oil)

Tiada rahsia lagi tentang kebaikan essential oil yang menawarkan pelbagai haruman dari tumbuhan semulajadi. Anda tak perlu pasang suis humidifier pun dalam tandas. Langkah yang lebih selamat ialah titiskan pada kapas atau anda boleh guna essential oil jenis stick.

Foto – The Prairie Homestead

Selamat mencuba!

Tags: tips hilang bau tandastips rumah
Share13SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAKongsi Tips Hilangkan Bau Tandas Hanya Guna Bahan Semulajadi Yang Selamat

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.