Jimmy Choo, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Nama yang sering dijadikan lirik dalam lagu-lagu penyanyi popular antarabangsa. Nama yang membuatkan sesiapa sahaja boleh jadi teruja. Ya, Jimmy Choo jenama kasut mewah wanita kian terulung di dunia.
Seni pembuatan kasut tumit tinggi Jimmy Choo cukup berkualiti dan ditambah pula rekaan kasut yang sentiasa kehadapan. Ia mengekalkan aura sofistikated, anggun dan timeless.
Bercadang nak ke butik Jimmy Choo? Ada beberapa perkara menarik yang perlu anda tahu sebelum memilih sepasang kasut mewah ini.
Kasut tumit tinggi JC antara yang paling selesa. Kebanyakan ulasan dari peminat JC sangat kagum dengan keselesaan high-heels dan sandal.

Puteri Diana antara peminat selebriti terawal kasut Jimmy Choo. Mendiang puteri kerap menayang sling back pumps semasa menghadiri acara formal.

Hampir 22 tahun dalam industri fesyen, kini Jimmy Choo mempunyai 200 butik yang beroperasi seluruh dunia.

Mengapa Jimmy Choo jadi idaman? Hasil seni potongan kasut yang minimalis dan perincian halus pembuatan Itali. Sekali pandang sahaja orang tahu, anda pakai Jimmy Choo.

Koleksi kasut paling mahal ialah Avril, kasut yang dipenuhi dengan permata berlian. Harga bagi sepasang Avril sekurang-kurangnya RM18,500!

Jadi jangan khuatir lagi untuk melabur dalam Jimmy Choo. Ia bukan sahaja gah dalam fesyen tapi memberi satu kepuasan yang luar biasa.
Selamat ber-Jimmy Choo!