Masuk sahaja bulan November iaitu musim luruh di kebanyakan negara empat musim (kalau Malaysia, bukan musim luruh atau hujan tapi banjir) pasti muncul sahaja trend berfesyen untuk kekal hangat dan selesa menghadapi cuaca dingin. Perkongsian di laman sosial sudah tentu memberi idea terbaharu.
Di laman TikTok masing-masing tak nak kalah dengan fesyen musim luruh. Terkini ramai yang berkejar untuk mengikuti gaya blanket coat atau jaket selimut. Ia bukanlah stail yang baharu tapi dipopularkan semula.
Jenama yang paling menarik perhatian ialah Totême Scarf Jacket. Ia telah dikeluarkan pada musim lepas lagi tapi kali ini baru ada rezeki jadi terkenal. Dari pemerhatian DIVA, rekaan jaket selimut ini mempunyai potongan yang unik, comel dan kena dengan stail minimalis sekarang.
IKLAN
Menariknya lagi, blanket coats mempunyai sejarah fesyen tersendiri. Ia berasal dari ‘Capote’ iaitu satu pakaian panas untuk penduduk wilayah Amerika Utara. Sejak dahulu lagi capote menjadi pilihan untuk orang asli dan peneroka Eropah-Kanada ketika mengembara di kawasan sejuk bersalji. Kemudian, ia dikomersialkan oleh sebuah syarikat pakaian dengan diberi nama blanket coats.
Sebenarnya dengan cuaca sejuk akibat hujan di Malaysia kita boleh sahaja gayakan jaket selimut ini. Pada pandangan DIVA, kalau yang bekerja di pejabat dengan penghawa dingin yang kuat boleh rasanya simpan satu.
DIVA ada senaraikan blanket coat yang lain sebagai alternatif Totême Scarf Jacket. Lihat dibawah;
- H&M Tie-belt coat [RM199.95]
- H&M cape jacket [RM157.95]
- ZARA soft overshirt with contrast topstiching [RM259]
- ZARA lapel collar coat [RM259]
- DESIGUAL finlandia coat [RM1004]
- DESIGUAL crochet effect long coat [RM1059]
- MANGO oversize quilted coat [RM329]
- GLOBAL WORK casual woven coat [RM629]
Sudahlah selesa, cantik pula memang kena ada..daripada bawa selimut biasa kan?