Siapa yang selalu pakai eyeliner, pasti tahu betapa magiknya produk ini dalam meningkatkan feature wajah, menjadi lebih segar dan unik!
Bagi sesetengah orang, pemakaian eyeliner akan menjadi sedikit susah memandang usia meningkat, penglihatan akan jadi lemah atau tangan menjadi ketar-ketar. Bukan itu sahaja, ada juga yang alami kelopak mata yang kendur atau berkedut di sekitar wajah.
Sekiranya kamu sedang alami situasi di atas (termasuklah orang muda yang baru alami tanda penuaan di sekitar mata), kamu disyorkan untuk ikut tips lukis eyeliner di bawah;
Apa yang kamu perlukan adalah eyeliner pencil, flat brush dan liquid eyeliner.
IKLAN
View this post on Instagram
- Pertama sekali, gunakan eyeliner pencil dan lukiskan garisan dari pangkal mata hingga ke hujung mata.
- Selepas itu, ambil flat brush dan ‘adun’ di sekitar garisan yang dilukis tadi tanpa comotkan garisan tersebut. Tujuannya adalah untuk pastikan eyeliner nampak sedikit tebal tanpa comot.
- Akhir sekali, lukiskan kitten wing di ekor mata menggunakan liquid eyeliner.
Jika kamu mahu pakai eyeshadow, pastikan apply selepas kamu adun menggunakan flat brush ye. Selamat mencuba!