Sudah menjadi asam garam apabila menjadi isteri orang terpenting dalam negara mahupun dunia. Pasti menjadi perhatian ramai termasuklah isteri kepada Presiden Korea Selatan iaitu Kim Kun-hee. Bukan apa, beliau kelihatannya tidak seperti first lady yang biasa. Ternyata beliau lebih fashionable dan kecantikan yang tidak makan usia.
Muncul dalam beberapa majlis pertemuan antarabangsa, ramai memuji-muji dengan pilihan fesyen Kim Kun-hee. Malah kejelitaan dari segi kulit yang bersih dan tegang buat ramai terkejut beliau kini berusia 50 tahun!

Menurut dari beberapa perunding imej dari Korea Selatan, mereka cukup teruja dengan gaya fesyen first lady kali ini.
“Kim, on the other hand, portrays the image of a classy, sophisticated, independent and professional woman.”

Tapi yang paling jadi fokus ialah glass skin milik wanita separuh abad. Katanya beliau sangat mementingkan penjagaan wajah. Antara menjadi petua khabar angin dari Kim ialah beliau begitu gemar dengan Kimchi dan sup rumpai laut. Berkemungkinan ini menjadi faktor kecantikan kulitnya.

Namun apa yang DIVA paling suka tentang first lady Kim, beliau seorang wanita yang berdikari dan mempunyai karier sendiri. Tidak bergantung pada bahu suaminya, itu yang menjadi Kim Kun-hee unik.