Wangian memang tidak dapat asing dalam diri setiap insan. Ia kadang sudah jadi personaliti yang membuat kita dikenali atau ingin didekati. Jadi pemilihan wangian bukan mudah kerana sudah tentu kita mahu yang sesuai dengan diri.
Namun ada juga yang suka dengan haruman yang senada dengan orang tersayang. Ia bagi membangkitkan rasa cinta, rindu dan berkasih sayang. Jika sebelum ini DIVA pernah paparkan 7 Perfume Unisex Terbaik Untuk Kamu Dan Boyfriend Kongsi Bau Haruman. Kali ini apa kata tukar kepada cologne pula.
Apa itu cologne?
Cologne merupakan wangian yang bersifat segar dan sementara. Ia dahulu dipakai selepas waktu mandian sebagai produk penyegar. Kuantiti wangian dalam cologne ringan, dikatakan hanya sekadar dua peratus dalam kandungan air dan alkohol.
Jika cologne sudah sinonim dengan aura segar, wangiannya pula biasa terdiri dari pati buah lemon, citrus atau musk.
DIVA gemar kalau sekadar berada di rumah atau keluar bersiar-siar. Menyapu cologne selepas mandi. Memang harumannya menyegarkan minda dan seterusnya membuatkan diri jadi lebih relaks dan bersemangat.
IKLAN
Kalau anda ingin bau cologne yang boleh dikongsi dengan pasangan. Ini yang DIVA syorkan..
- Jo Malone Wood Sage & Sea Salt Cologne
Merupakan wangian hot-selling untuk wanita dan lelaki. Ia kombinasi haruman segar tapi mententeramkan seperti berada di pantai ketika waktu senja. Larutan lime basil dan mandarin serta black cedarwood membangkitkan aura sofistikated. Wajib simpan satu dalam tas tangan, boleh sentiasa sembur tatkala tubuh lesu atau rindu pada si dia.
- House of 4711 Acqua Colonia Lemon & Ginger Eau De Cologne
Pilihan wangian koleksi cologne House 4711 dari ilham tumbuhan semulajadi. Jika anda dan pasangan gemar mood yang ceria dan aktif Acqua Colonia versi Lemon & Ginger adalah pilihan yang cocok.
Boleh buat hadiah juga kan dua cologne ini? Selamat mencuba!