Bersempena dengan sambutan jubli emasnya, peruncit jam tangan Singapura; Cortina Watch akan perkenalkan siri jam tangan edisi terhad. Bersama-sama dengan pembuat jam tangan yang lain, Cartier akan perkenalkan 10 pasang jam tangan edisi terhad untuk raikan sambutan tersebut.
Cortina Watch menjual ciptaan Cartier pada akhir 1970-an, di mana jam tangan jenama ini menjadi pilihan ramai.
Baignoire Allongée MM Cortina Edisi Jubli Emas
Untuk sambutan jubli emas (ulang tahun ke-50) Cortina Watch, Cartier telah mencipta jam tangan Baignoire Allongée yang lebih eksklusif. Dan jam tangan ini dikeluarkan sebanyak 10 pasang saja tau!
IKLAN
- Foto – Cartier
Sarung jam tangan ini diperbuat dalam rona emas merah jambu, di mana ia dipadankan dengan sword-shaped hands (tangan berbentuk pedang) dan ardillion buckle (gesper buckle).
Manakala opaline dial jam tangan ini mempunyai angka Arab “50” yang menggantikan “5” dalam warna merah terang. Bezel dan crown pula ditetapkan dengan berlian.
- Foto – Cartier
Dan apa yang lebih unik, bahagian belakang jam tangan ini ada ukiran “Cortina Watch Golden Jubilee” yang menandakan peristiwa sambutan jubli emas peruncit jam tangan ini.
Cantik kan? Apa pun selamat menyambut ulang tahun yang ke-50 Cortina Watch!