Tak dinafikan memang malu apabila ada yang menegur tentang keadaan wajah kita. Lebih-lebih lagi tentang bintik hitam yang mula ‘berkampung’ di seluruh wajah.
Sebahagian besar bintik hitam berlaku disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlaku semasa pendedahan berpanjangan pada cahaya mahatari. Bukan itu sahaja, sinaran UV, ketidakseimbangan hormon dan pasca keradangan turut mainkan peranan.
Selain daripada menjalani rawatan kecantikan di klinik atau spa; DIVA ada cara untuk selesaikan masalah bintik hitam ini dalam sekelip mata. Caranya adalah dengan menggunakan Serum Anti Bintik Hitam daripada NIVEA!
- Foto – NIVEA
Yang menariknya, NIVEA LUMINOUS 630 Anti Dark Spot Serum dirumus khas untuk kurangkan bintik hitam, garis halus dan berupaya menyerikan wajah dalam masa 2 minggu tanpa rosakkan kulit.
Untuk pengetahuan kamu, NIVEA LUMINOUS 630 mengandungi ramuan inovasi terobosan yang telah diuji dengan tyrosinase manusia untuk pemeriksaan inhibitor. Dan hasilnya serum ini terbukti 10x lebih berkesan untuk kurangkan bintik hitam, berbanding guna bahan aktif pencerah lain.
- Foto – NIVEA
Memandangkan LUMINOUS 630 telah dipatenkan, terbukti secara klinikal dan disahkan oleh Institut Dermatologi, beberapa selebriti dan influencer kecantikan tampil berkongsikan pengalaman mereka menggunakan rangkaian NIVEA LUMINOUS 630.
Aktres Elfira Loy:
“Saya adalah pengguna NIVEA LUMINOUS 630 sejak setahun lalu. Sejak hadirnya cahaya mata baru, saya jadi kurang tidur dan akhirnya terjadi lingkaran hitam dan keletihan mata. Tapi sejak guna produk ini, masalah bintik hitam saya bukan saja hilang tapi masalah sekitar mata turut hilang!”
- Foto – NIVEA
Influencer Mayho:
“Disebabkan saya terlalu sibuk dengan jadual sebagai seorang YouTuber dan content creator, saya sentiasa mencari solusi yang cepat dan berkesan. Jadi saya mula cuba NIVEA LUMINOUS 630 sejak 3 tahun lalu, dan lebih kurang sebulan saya dah nampak hasilnya. Terutamanya masalah bintik hitam saya mula hilang!”
Sekiranya kamu pun ada masalah bintik hitam, cepat-cepat dapatkan rangkaian penuh NIVEA LUMINOUS 630 Anti Dark Spot Serum di Watsons atau di kedai rasmi [NIVEA].