Agak-agak lepas cuba warna HELLO BUBBLE X BLACKPINK ni boleh jadi ahli kelima ke?
BLINKS kini boleh bereksperimen dengan warna rambut terkini daripada rangkaian HELLO BUBBLE X BLACPINK yang dinaik taraf. Rangkaian ini menampilkan pelbagai warna untuk dipilih, yang diilhamkan oleh personaliti dan gaya ahli BLACKPINK (Lisa, Jisoo, Jennie, Rosé) sendiri.
Sebagai langkah untuk pastikan rambut sentiasa nampak segar warnanya dan dilindungi, perhebatkan penjagaan rambut dengan rangkaian baru HELLO BUBBLE All Star ye!
HELLO BUBBLE X BLACKPINK
HELLO BUBBLE x BLACKPINK memenangi anugerah dalam 12 portfolio warna yang dinaik taraf (tambahan 4 warna baru – Peri Violet, Ash Beige, Dark Ash dan Choco Brown) daripada julat warna terang, vivid, sederhana dan tone down.
IKLAN
- Foto – mise en scène
Dan apa yang lebih best tentang rangkaian HELLO BUBBLE X BLACKPINK ini adalah:
- Diperhebatkan dengan nutrisi dan ramuan tambahan.
- 11 formula percuma yang mengandungi bahan tumbuhan (teh hijau, camellia dan delima) untuk kelembutan dan kelembapan pada rambut.
- Tidak menggunakan Amoniac, PEDG, PPD dan bahan terhasil haiwan.
- Diselitkan dengan double-bonding ampoule sebanyak 60.6% untuk mengurangkan kekasaran pada hujung rambut.
- Kepekatan yang lebih baik sebanyak 20.1% untuk lekatan dan ekspresi warna yang lebih terang.
HELLO BUBBLE All Star
Manakala HELLO BUBBLE All Star pula terdiri daripada syampu, perapi dan rawatan yang bertujuan untuk melindungi dan mengunci warna rambut. Dan dalam HELLO BUBBLE All Star menampilkan beberapa barisan seperti:
- Foto – mise en scène
- HELLO BUBBLE All Star – Khas untuk rambut rosak yang perlukan perlindungan lebih baik dan warna tahan lebih lama.
- HELLO BUBBLE All Star Smoothing – Sesuai untuk rambut keriting dan tidak terurus akibat pewarnaan rambut berterusan sehingga rapuh serta kering.
- HELLO BUBBLE All Star Strenghtening – Khas untuk merreka yang mahu memulihkan kekuatan dan volume rambut yang telah rapuh akibat warna.
Sempena pelancaran HELLO BUBBLE X BLACKPINK dan HELLO BUBBLE All Star, mise en scène akan beri hadiah pada pembelanja tertinggi iaitu 3x Hadiah Utama Album bertandatangan BLACKPINK dan set foto polaroid.
Pelanggan perlu belanja sekurang-kurangnya RM60 untuk produk mise en scène termasuk HELLO BUBBLE X BLACKPINK menggunakan kad ahli Watsons di Watsons (sama ada di kedai atau secara talian).