Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

#DIVAKongsi 5 Sebab Kenapa Kamu Perlu Tonton Dokumentari Selena Gomez

by Soph.Azz
November 8, 2022
Foto - Apple TV+

Foto - Apple TV+

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Psst… Ada ke yang belum tonton lagi dokumentari Selena?

Pada 4 November 2022, Selena Gomez telah melancarkan dokumentari “Selena Gomez: My Mind & Me,” di Apple TV+. Dokumentari tersebut menampilkan sisi Selena dan ianya telah mendapat sambutan yang baik daripada semua orang.

Menerusi dokumentari ini, kamu disajikan dengan pelbagai jenis video raw yang terdiri daripada belakang tabir dunia glamornya, interaksi dengan keluarga, peminat dan rakan. Serta masa lapangnya di kampung halaman di Texas.

Sekiranya kamu belum lagi menonton dokumentari ini, ini antara beberapa sebab kenapa kamu perlu tonton segera!

Double standard dalam dunia hiburan

Foto – Elle / Pinterest

Selena meluahkan rasa kecewa apabila mencuba pakaian sebelum jelajah ‘Revival’. Dedahnya dia tidak mahu dilihat sebagai imej kanak-kanak Disney tetapi sebagai wanita dewasa. Dia juga memberitahu double standard dalam dunia hiburan itu berlaku, di mana dia perlu pakai pakaian yang ketat, terdedah dan berkilau. Manakala penyanyi lelaki pula boleh kenakan apa yang mereka suka tanpa perlu dihiraukan.

Pernah cederakan diri sendiri & bunuh diri

Foto – Nairobi News

Semasa kerja amalnya, seorang wanita berkongsi tentang rasa tentang membunuh diri, dan Selena juga memberitahu dia pernah rasai perasaan yang sama hingga mencederakan diri sendiri. Dan semasa memberi ucapan kepada badan amal kesihatan mental, Selena membuka cerita mengenai perjalanan rawatan kesihatan mentalnya.

Dibayangi masa lalu: Disney & Justin Bieber

“I want nothing more than to not be my past, and it comes back,”

Foto – Pinterest

Bermula sebagai pelakon kanak-kanak Disney hingga hubungan romantiknya bersama Justin Bieber, Selena mempersoalkan bila dia boleh jadi lebih baik untuk dirinya. Dokumentari ini turut menayangkan adegan Selena dikepung paparazi yang bertanyakan tentang Justin dan alkohol hingga mencetuskan kemurungan padanya.

Memori kanak-kanak yang tak indah

Mengimbau memori kanak-kanaknya, Selena dedahkan dia seorang pemalu dan sering disisihkan di sekolah. Dia hanya memiliki beberapa orang rakan dan akan duduk makan dengan sendiri semasa waktu rehat.

Foto – NBC News

Antara rakan rapatnya adalah sepupunya sendiri yang menjadi cheerleader dan dia akan lindungi Selena daripada pembuli. Hanya bersekolah hingga darjah 8, Selena teruskan persekolahannya di set kerana bekerja dengan Disney.

Lupus-anxiety pengaruhi kehidupan seharian

Didiagnosis dengan lupus (2011), Selena kemudiannya menjalani pemindahan buah pinggang untuk selamatkan nyawanya. Sejak daripada itu, dia perlu memantau tekanan darahnya dan memberitahu jika tekanan darahnya menjadi tinggi, dia boleh diserang angin ahmar.

Foto – Page Six

Malah pada Oktober 2018, Selena pernah alami gangguan saraf dan rasa putus asa serta emosi. Disebabkan keadaan yang buruk, dia terpaksa dimasukkan ke hospital mental dan ibunya mendedahkan Selena telah menjadi orang lain.

Selena Gomez telah menaja 2 bulan langganan secara percuma sempena tayangan dokumentarinya di Apple TV+. Tebus [SINI].

Tags: justin bieberselena gomezselena gomez my mind and me
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAKongsi 5 Sebab Kenapa Kamu Perlu Tonton Dokumentari Selena Gomez

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.