Cuba kamu semak krim pelembap, mesti ada bahan dengan nama panthenol. Panthenol merupakan antara bahan underrated untuk fungsi melembap, malah bagus untuk menyembuhkan luka.
Dipetik dari Wishtrend, Panthenol juga dikenali sebagai pro-vitamin B5, adalah bentuk alkohol vitamin B5. Setelah digunakan secara topikal, panthenol cepat diserap oleh kulit dan bertukar kepada vitamin B5, bertindak sebagai bahan pelembap.
Tidak hanya mengunci kelembapan, ternyata panthenol berkesan dałam menghidrat dan melindungi kulit kamu. Ini kebaikan panthenol untuk kulit yang ramai tak tahu.
Anti-radang
Sifat melembap panthenol menyumbang kepada sifat anti-radang. Jika kulit kamu kering, ia menjadi sensitif kerana ia kehilangan penghalang lembapan yang melindungi kulit daripada rangsangan luar.
- Foto – Getty
Penyelidikan perubatan telah menunjukkan bahawa panthenol berkesan terhadap kemerahan dan kerengsaan akibat UV. Panthenol berfungsi sebagai pelindung kulit yang mengurangkan kegatalan dan kerengsaan yang disebabkan oleh rangsangan luar.
IKLAN
Penyembuhan luka
Tahukah kamu bahawa panthenol juga boleh membantu dalam penyembuhan luka? Di sinilah panthenol dapat membantu untuk merawat jerawat dan parut jerawat. Kulit kamu bukan sahaja perlu mempertahankan daripada rangsangan luar tetapi juga memulakan proses penyembuhan dari dalam.
Dos harian panthenol dapat memperbaiki kulit dan tekstur kulit kamu. Jika kamu menggabungan panthenol dengan vitamin C, yang juga terkenal kerana membantu penghasilan kolagen, kamu boleh meningkatkan lagi proses penyembuhan kulit kamu.
Melembap dan menghidrat
Sebagai humektan, ia menarik lembapan pada kulit dan menahan air dalam kulit, membolehkan kulit menghasilkan lembapan dan menghidrat dari dalam.
- Foto – LaMav
Humektan lain yang mungkin kamu kenali termasuk hyaluronic acid dan glycerin. Disebabkan oleh sifat melembap pada panthenol, ia mengurangkan risiko dehidrasi dan kekeringan pada kulit daripada penyejatan dan menghalang kehilangan air semula jadi dari semasa ke semasa.
Mungkin selepas ini kamu boleh mencuba skincare yang mempunyai bahan panthenol untuk tujuan penyembuhan kulit. Good luck!