Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

ESCAPE Penang Lancar Kolam Laut Mati & Cerun Ski Pertama Di Malaysia!

by Soph.Azz
November 7, 2022
Foto - ESCAPE Penang

Foto - ESCAPE Penang

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selamat hari jadi yang ke-10 ESCAPE Penang!

Baru melancarkan gelongsor air tiub dan zip coaster terpanjang di dunia, kini ESCAPE Penang melancarkan lagi dua tarikan terbarunya yang menarik!

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10, taman tema ESCAPE Penang memperkenalkan Cerun Ski (Ski Slope) yang pertama di Malaysia. Bukan itu sahaja, taman tema ini turut memperkenalkan Kolam Laut Mati (Dead Sea Pool) yang diinspirasikan oleh tasik terkenal di Jordan.

IKLAN

Pemain Ski Alpine Olimpik Malaysia, Aruwin Salehuddin (18 tahun) telah mempamerkan kemahirannya di Cerun Ski semasa merasmikan pelancaran tarikan tersebut.

Foto – ESCAPE Penang

Sekiranya tak berkesempatan untuk lakukan aktiviti ski di cerun Swiss Alps, kamu boleh lakukannya di ESCAPE Penang. Tiada salji, tak perlu pakai jaket musim sejuk dan permukaannya yang kering; memberikan kamu rasa keseronokan yang sama seperti bermain ski atau papan luncur salji di luar negara.

Foto – ESCAPE Penang
  • Dibina sepanjang 302m, cerun ski terbahahagi pada dua – (1) beginner iaitu cerun lurus dan hanya satu lengkung asas dan (2) pemain berpengalaman pula akan ada curam dan lengkungan yang mencabar.
  • Permukaan cerun ski yang kering akan dibasahkan dengan perenjis air untuk pastikan lereng sentiasa basah dan licin untuk meluncur.
Foto – ESCAPE Penang

Selain daripada cerun ski, kamu juga boleh nikmati pengalaman Kolam Laut Mati di ESCAPE Penang. Kolam ini sebenarnya diinspirasikan oleh Salt Lake di Jordan.

  • Kolam Laut Mati dipenuhi dengan air kaya dengan mineral, yang baik untuk kesihatan badan secara semula jadi.
  • Kolam yang sedalam 4 meter ini diisi dengan air masin yang membolehkan kamu terapung secara semula jadi tau!

Sekadar info, ESCAPE Park bakal dibuka di Ipoh, Cameron Highlands, dan juga di luar negara; Sri Lanka, Oman, Qatar, Arab Saudi serta China.

Tags: escape penangescape penang dead sea poolescape penang ski slope
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    ESCAPE Penang Lancar Kolam Laut Mati & Cerun Ski Pertama Di Malaysia!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.