Coach memperkenalkan ‘Feel the Wonder’, kempen percutian yang menampilkan Jennifer Lopez, Zoey Deutch dan Chan-young Yoon.
Kempen yang diarahkan oleh Anton Gootlob, menceritakan tentang kegembiraan setiap orang meraikan musim percutian dan perayaan ini sambil menyerlahkan koleksi musim sejuk 2022.
‘Feel the Wonder’ membawa Coach Family ke dalam sebuah kehidupan yang menampilkan semangat kemesraan, kegembiraan dan riang-ria ketika musim cuti ini. Menampilkan adegan di mana pelakon bermain dalam salji, melompat di atas katil dan membuka bungkusan hadiah.
Kempen ini mempamerkan barisan beg baru Heart, Tabby dan Studio, bersama-sama dengan koleksi ready-to-wear musim sejuk 2022 yang diilhamkan oleh Stuart Vevers tentang warisan Amerika yang abadi.
Nak tengok lebih lanjut dan shopping koleksi ini, pergi ke www.malaysia.coach.com.