Bila travel sudah tentu kita mahu bawa barang yang lebih ringan, praktikal dan mudah digunakan. Terutamanya produk penjagaan wajah dan solekan. Kalau boleh nak elak dari bawa botol-botol mekap berkaca yang sudah pasti berat dan membebankan.
Apatah lagi setakat mahu travel selama dua hingga tiga hari. Jadi tak perlu nak bawa barang mekap yang banyak. Cukup sekadar untuk mekap yang nipis dan mudah cuci.
Soal yang paling penting dalam mekap ialah bedak asas atau foundation. Tanpa foundation kulit muka akan cepat berminyak, kelihatan tidak bermaya dan tona kulit tidak sekata. Lebih lagi saat travel bukan?
DIVA bersyukur bila lihat sudah banyak produk foundation yang diisi dalam bekas atau botol jenis tiub. Ia mudah dibawa, tidak mudah tumpah dan paling utama sekali ialah botol begini sangat ringan.
Simpan satu foundation dibawah untuk percutian anda nanti! Mari semak yang mana paling sesuai untuk anda.
- L’Oreal Paris Infallible 24H Matte Cover Liquid Foundation 35ml [RM68.90]
Bedak asas paling terbaik untuk kulit berminyak dan masalah parut jerawat. Ia ringan tapi berupaya mengawal minyak sehingga 24 jam. Tidak lupa juga pilihan 16 tona bagi memberi hasil litupan semulajadi.
IKLAN
- Foto – Shopee
- Rimmel Lasting Matte Foundation 30ml [RM35.90]
Bedak asas berfomulasi mousse ini ringan pada kulit dan dapat mengimbangi hidrasi semulajadi kulit. Ia turut mengawal minyak selama 12 jam tanpa sebarang kesan melekit atau cakey.
- Foto – Curvacious
- Wardah Everyday Luminous Liquid Foundation 35ml [RM15.90]
Jika anda mahu sesuatu yang ringkas, boleh cuba foundation dari Wardah ini. Ia berhasil untuk sekatakan tona kulit wajah dengan satu sapuan. Formula yang ringan, tidak melekit dan melindungi kulit dari sebarang kerosakan.
- Foto – Review Female Daily
- FOCALLURE STAYMAX Foundation 24Hours Long Wear 30g [RM38]
Mungkin anda jenis tak boleh tinggal mekap tebal biarpun ketika bercuti? DIVA cadang anda cuba foundation matte dan tahan 24 jam dari Focallure ini. Bayangkan ia kalis air, kalis peluh dan menghasilkan kulit yang kekal tanpa kilatan berminyak.
- Foto – Shopee Malaysia
- MAYBELLINE Fit Me Fresh Tint (SPF 50 PA+++ & Vitamin C) 30ml [RM41.90]
Terbaru dari Maybelline! Foundation ringan, melembab dan ia mampu memberi kecerahan pada kulit. Litupan tipis bedak asas ini turut melindungi wajah dari sinaran matahari merbahaya. Kombinasi bedak asas dan vitamin C sesuai untuk semua jenis kulit.
- Foto – Watsons
Sebelum bercuti beli dulu foundation ini dulu. Barulah beg mekap tak comot dan ringan nak bawa. Semoga bermanfaat!