Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Warna Kasut Ikonik Timberland x PANGAIA Ini Memang Memikat Sangat

by Lisa AG
November 4, 2022
Foto - Timberland x PANGAIA

Foto - Timberland x PANGAIA

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kenapa cantik sangat Koleksi Timberland x PANGAIA ini? Team DIVA teruja nak memegang dan mencuba kasut edisi terhad yang luar biasa ini.

Timberland dan PANGAIA dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama pertama mereka, yang akan dilancarkan di Malaysia pada 10 November 2022.

Sinergi antara PANGAIA dan Timberland mencerminkan misi bersama untuk memberi inspirasi dan melengkapkan generasi baru untuk melangkah keluar, bekerja keras bersama-sama dan memajukan dunia, sekaligus memberi imej segar dan baru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Timberland (@timberland)

IKLAN

Direka dengan mengambil kira alam semula jadi, kapsul kasut Timberland x PANGAIA menggabungkan sebahagian bahan semula jadi, warna berani dan gaya ikonik. Kapsul ini terdiri daripada but 6-inci, yang kedua-duanya ditawarkan dalam saiz lelaki dan wanita.

Dinamakan Timberland x PANGAIA Premium Fabric 6-Inch Boot, versi ini lebih bersih dan halus, dengan gaya moden pada but klasik dibuat sebahagiannya daripada bahan boleh diperbaharui seperti getah, gentian tumbuhan abaka dan kapas yang ditanam secara organik.

Ia boleh didapati dalam warna Galaxy Pink, Palm Green dan Timberland Wheat.

Tidak hanya itu, koleksi ini turut menyediakan rekaan slip-on mule. Dinamakan Timberland x PANGAIA Fabric Slip-On Mule, direka khusus dengan proses reka bentuk Timberloop Timberland. Kedua-dua tapak luar dan sistem but dalam direka bentuk untuk mudah dibuka.

Mule yang ditawarkan dalam warna Stone boleh didapati secara eksklusif di Timberland.

Foto – Timberland x PANGAIA

Bermula 10 November, Timberland x PANGAIA Premium Fabric 6-Inch Boo (MYR1,039) dan Timberland x PANGAIA Fabric Slip-On Mule (MYR699) akan tersedia secara eksklusif di Timberland Pavilion KL.

Tags: jenama timberlandkasut timberlandtimberland x pangaia
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Warna Kasut Ikonik Timberland x PANGAIA Ini Memang Memikat Sangat

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.