Self tanning mungkin kedengaran agak ganjil bagi orang kita. Ini mungkin atas alasan kebanyakan dari kita sudah memiliki tona kulit yang memikat sawo matang, hitam manis dan gelap. Jadi produk seperti losyen bronzer tidak banyak mendapat perhatian.
Namun sebenarnya ramai yang tak tahu, self tanning bukan sahaja untuk memberi hasil kulit yang bersinar-sinar. Bahkan dapat menutup cela seperti hiperpigmentasi, strech mark atau tona kulit tidak sekata. Jadi self-tanning bukan untuk mereka yang berkulit pucat semata-mata.
Kalau biasa untuk mendapatkan wajah yang berseri, kita akan memakai foundation yang terdiri dari jenis dewy atau menambah highlighter bukan? Begitu jugalah dengan self-tanning. Ia akan membuat kulit bertambah seri, segar dan sekali pandang lebih awet muda.
DIVA kongsikan pilihan produk self tanning atau losyen bronzer yang terbaik dibawah;
#1 Sephora Collection Self-Tanning Body Mousse [RM75]
Boleh jadi berseri-seri kulit lepas menyapu mousse ringan losyen tanning ini. Ia tidak melekit, mudah menyerap dan anda boleh apply berkali-kali untuk mendapatkan hasil yang sesuai.
IKLAN
#2 Coco & Eve Sunny Honey Bali Bronzing Tan Foam [RM150]
Mudah dipakai, cepat meresap dan kulit berkilat menawan dalam masa dua jam sahaja! Menariknya lagi, formula losyen tan Coco & Eve mampu menghidrat kulit dan memudarkan sebarang garisan strechmarks.
#3 Banana Boat Self Tanning Sunless Lotion for a Natural Looking Tan [RM69]
Ingin kulit seakan berjemur dibawah sinaran matahari tatkala bercuti di pulau? Losyen dari Banana Boat dapat memberi kilatan tan yang semulajadi. Usah khuatir tona yang mana sesuai untuk anda, formula losyen dapat mengikut tona yang sesuai dengan warna kulit anda.
#4 Clarins Self Tanning Instant Gel [RM161.30]
Tekstur losyen tanning gel dari Clarins dijamin tidak meninggalkan kesan pada pakaian. Ia sesuai untik dipakai setiap hari dan paling best self tanning Clarins mudah disapu. Buat begginer ini untuk anda.
Jangan biarkan musim hujan, banjir sekalipun akan menyebabkan kulit kamu lesu!