Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Masimmo Dutti Lubuk Fesyen Suit, Kot Labuh Dan Jaket Potongan Sleek

by Indah Aziz
November 5, 2022
Foto - DSCENE

Foto - DSCENE

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Fesyen kot, suit dan jaket tidak asing lagi dalam gaya harian. Jika dahulu ia hanya untuk outfit ke pejabat. Kini helaian yang lebih dikenali sebagai outerwear boleh dijadikan sebagai statement look tidak kira masa. Ianya juga satu pakaian yang versail boleh dipakai secara formal dan kasual.

Massimo Dutti jenama terulung asal Sepanyol antara penyedia potongan outerwear yang terbaik. Cakap sahaja dari kot labuh, jaket, blazer atau full-suit semuanya lengkap untuk lelaki dan wanita. Ia satu jenama gah yang memperkenalkan kualiti material kapas dan kasmir.

DIVA terkesima melihat koleksi terbaharu Massimo Dutti untuk tahun 2022 yang penuh dengan pelbagai pilihan kot. Ia mencerminkan suatu gaya yang elegan dan sudah pasti timeless.

  • Satin trench coat [RM1199]

Cukup tertarik dengan trench coat labuh dari material satin yang beralun lembut mengikut tubuh badan. Bagi anak muda yang gemarkan street style dan minimalis, ini untuk kamu.

Foto – Massimo Dutti
  • Black frock coat blazer [RM999]

Simpan satu blazer separa lutut ini untuk waktu-waktu kecemasan seperti mesyuarat tergempar, acara rasmi atau sekadar untuk menutup blaus kamu yang terkena kotoran.

IKLAN

Foto – Massimo Dutti
  • Fitted puffer jacket [RM499]

Ingin suatu yang menghangatkan tubuh ketika bercuti di destinasi sejuk? Kamu boleh cuba puffer jacket Massimo Dutti yang mempunyai potongan fit dan tidak menggelebeh. Barulah nampak cool dan selesa.

Foto – Massimo Dutti
  • Wool blend suit blazer [RM999]
  • Flared suit trousers [RM499]

Muncul idea untuk hadiri majlis glamour, korporat atau red carpet dengan suit ini. Warna hijau pastel yang menarik perhatian dan tetap memberi aura feminin dalam gaya maskulin.

Foto – Massimo Dutti
  • Nappa leather biker jacket [RM1399]

Kalau dah biasa ikut suami pergi ride konvoi motorsikal, tentulah kena ada jaket ala rock ini. Jaket kulit lembut, selesa dan sudah pasti kelihatan ranggi dengan perincian zip, poket dan potongan leher berkolar.

Foto – Massimo Dutti

Jika anda masih mencari outerwear dengan kadar harga yang berpatutan. Butik Massimo Dutti wajib dijadikan tempat persinggahan yang pertama. Atau anda boleh layari https://www.massimodutti.com/my/.

Selamat membeli-belah!

Tags: kot masimmo duttimasimmo duttimassimo dutti malaysia
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Masimmo Dutti Lubuk Fesyen Suit, Kot Labuh Dan Jaket Potongan Sleek

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.