Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

“Nak Tukar Konsep Rumah?” – Jotun Perkenal 3 Trend Warna Global Untuk 2023

by Lisa AG
November 3, 2022
Foto - Jotun

Foto - Jotun

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahukah kamu, warna-warna yang menyelubungi kita membawa erti bermakna – di mana ia menggambatkan kita, dan apa yang kita rasa. Warna merupakan komponen yang teras bagi kesejahteraan diri dan bagaimana kita mendefinisikan jati diri kita.

Jotun memperkenalkan Koleksi Warna Global untuk tahun 2023. Aneka rona dan tema yang diperkenalkan telah dirumus kaas untuk membuahkan ambien serba kreatif di ruang kediaman. 21 warna yang dibawakan bersifat abadi dan tidak berpandukan trend semata-mata, pemilihannya dibuat atas dasar sifat positif, keluhuran dan versatilitinya.

Warna-warna ini telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan Jotun menghasilkan tiga koleksi warna yang dipadankan dengan sempurna. Koleksi-koleksi unik ini merangkap mood dan corak ekspresi yang pelbagai, justeru membolehkan pengguna menggandingkan aneka rona yang bersifat komplementari dan berkontras dalam setiap koleksi.

Antara tiga tema warna untuk 2023, adalah…

Serene Presence

Warna-warna yang halus, pastel selembut bayu, hijauan yang subur.

Foto – Jotun

Memfokuskan konsep minimalis dan kesederhanaan, pelet ini telah dirumus untuk gaya hidup yang jernih dan bebas dari kekusutan. Warna-warnanya serba lembut lagi halus, mewujudkan suasana ala spa yang dapat membantu kamu kekal tumpu.

IKLAN

Naturally Grounded

Tona bumi yang suam, hijauan malap, warna-warna kuning dan jingga yang halus.

Foto – Jotun

Warna-warna dalam pelet ini lebih ke arah alam semula jadi. Memberi sentuhan ala kehidupan di desa serta menonjolkan kecantikan dan karakter yang dianggap “tidak sempurna”. Rona-rona landskap yang mendamaikan ini ideal untuk melahirkan estetika umpama sebuah rumah kebun, atau gambaran sebuah desa yang terletak di pusat bandar.

Curated Living

Merah yang bersofistikasi, rona natural bak galeri, sentuhan warna biru.

Foto – Jotun

Gandingan sempurna antara tona berbaur nostalgik serta warna-warna kontemporari. Pelet warna ini bersifat abadi serta sempurna untuk mewujudkan suasana ala galeri di rumah. Ia memadankan elemen tradisional dan moden yang kondusif bagi ekspresi kreatif diri.

Info lanjut, pergi saja ke Facebook Jotun Malaysia.

Tags: jotuntrend warna 2023warna 2023
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    “Nak Tukar Konsep Rumah?” – Jotun Perkenal 3 Trend Warna Global Untuk 2023

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.