Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Inspirasi Bilik Bayi Yang Comel & Selesa, Ini Yang Kamu Perlukan!

by Soph.Azz
November 4, 2022
Foto - House Digest

Foto - House Digest

7
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Menghitung hari untuk menyambut kelahiran bayi sememangnya menjadi detik yang sangat mengujakan bagi bakal ibu bapa. Selain membeli-belah keperluan dan kelengkapan asas bayi, ada juga ibu bapa yang mungkin sudah mula sediakan bilik untuk bayi mereka.

Jika kamu baru mula nak sediakan tapi tak tahu apa yang perlu kamu letak dalamnya, baca perkongsian di bawah;

Pilih wallpaper atau cat yang lembut warnanya

Perkara pertama yang paling penting sekali adalah pemilihan wallpaper atau cat untuk bilik si manja. Saranan DIVA, pilih sama ada wallpaper atau cat dalam warna yang sangat lembut, pastel lebih baik.

Foto – Pinterest

Atau pun nak jadikan bilik lebih menarik dan ada tema, pilih wallpaper yang mempunyai tema seperti alam semula jadi, langit atau safari. Baru nampak ceria dan selesa.

Deko bilik dengan sedikit barang perhiasan 

Nampakkan bilik lebih comel dan cantik dengan beberapa barang perhiasan seperti bintang, awan atau haiwan di dinding.

Foto – Pinterest

Kalau nak hiasan gantung, sama ada di dinding, tempat tidur atau siling, kamu boleh jadikan mainan kanak-kanak sebagai hiasan. Pilih sama ada patung haiwan, bola, alam semula jadi dan sebagainya, pastikan ia sesuai dengan tema bilik ye.

IKLAN

Kelambu untuk elak anak digigit serangga seperti nyamuk

Sebagai pilihan kamu boleh tambahkan kelambu di sekitar tempat tidur bayi. Tujuannya adalah untuk lindungi si manja daripada gigitan nyamuk atau semut semasa tidur.

Foto – Pinterest

Pastikan kamu pilih kelambu yang menggunakan material lembut supaya tidak merengsakan kulit bayi apabila bergesal. Apa-apa pun pilih warna atau motif ikut bilik ye.

Lengkapkan dengan item yang comel-comel

Untuk nampakkan bilik lebih comel dan berseri, kamu boleh hiaskan dengan mainan atau bantal. Lengkapkan bilik tersebut dengan anak patung, mainan kereta atau haiwan yang lembut, mainan pendidikan serta bantal-bantal yang comel!

Foto – Pinterest

Mainan boleh menyokong penerokaan bayi semasa pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Selamat beramal!

Tags: idea deko bilik bayiinspirasi deko biliktips deko bilik bayi
Share3SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Inspirasi Bilik Bayi Yang Comel & Selesa, Ini Yang Kamu Perlukan!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.